Thursday, October 7, 2010

.:peliharalah fitrah lelaki wahai wanita:.



Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


"Mak andak, petang nanti kita pergi jogging eh!"


"Ok2. Tapi adik dgn abg kena tidur dulu tau. pukul 6 br kita pergi jogging tau."


Menjadi rutin bagi saya pada petang hari untuk menemani 2 orang anak buah saya berjoging. Sampai di tempat permainan, saya biarkan mereka bermain dengan seronoknya.(huhu) Tiba-tiba kelihatan 3 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki datang ke tempat itu. Mereka kelihatan sedang berborak. Pada mulanya saya tidak mengambil peduli tentang mereka. Bau harum semakin kuat walaupun mereka berada jauh dari saya. Pakai perfume barangkali. Terdetik pula saya untuk bertegur sapa dengan mereka. Pelajar perempuan itu kesemuanya baru selesai PMR manakala lelaki pula berada di tingkatan 4. Saya bertanya adakah mereka pelajar sekolah agama kerana dari pakaian mereka kelihatan seperti pelajar agama tetapi bukan. Akhirnya saya pulang bersama anak buah saya meninggalkan mereka di sana. Pulang dengan neuron-neuron yang aktif di cerebral cortex.


Menjadi kebiasaan melihat gelagat remaja masa kini. Di tepi-tepi jalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tidak terlepas juga di institut pengajian tinggi yang memerlukan perbincangan berkumpulan, pelajar lelaki dan perempuan sering dilihat bersama menyelesaikan tugas yang diberikan. Tapi sayang nya adab sesama mereka di pinggirkan. Lelaki dan perempuan bebas bertepuk tampar. Hilang sifat malu yang terbit dari iman. Tugas sebagai pelajar berjaya dilaksanakan tetapi bagaimanapula dengan tugas sebagai hamba, wanita mahupun lelaki muslim?

Begitu banyak faktor boleh disenaraikan yang menjadi sebab hal ini berlaku. Baik lelaki mahupun perempuan masing-masing boleh menyalahkan satu sama lain ketika ditanya di 'sana' nanti. Lelaki boleh mengatakan bahawa perempuan lah yang menjadi sebab bagi mereka tewas dengan nafsu sendiri. Perempuan pula boleh menafikannya dengan menyalahkan lelaki yang sering kali tidak berupaya (perkataan yg sesuai??) menahan pandangan mereka.

"mak andak! kata nak buka cerita kunfu panda. Lama dah adik tunggu nih."adik kebosanan.
"mak andak, tadi abang dekat sekolah belajar menari. Hari-hari belajar menari bosan la."rungut Adam.
"ok, mak andak buka cerita nanti jangan kacau tau. Janji?!" saya pula kebosanan (huhu) melayan kerenah mereka.
30 minit kemudian..
"mak andak! kura-kura nih jahat ke baik?"
"mak andak! panda nih buncit macam abang la!"
"err..owh..hmm.." saya tersenyum.

Terganggu sedikit dengan kerenah mereka. Namun sempat lagi saya berfikir.
" takpe2 praktis-praktis nanti dah ada anak senang nak jaga!" (haha sempat pula)

Kembali ke tajuk asal semula.

Sebagai perempuan saya mengajak sekalian kaum saya (best ayat!) jagalah iman anda. Moga dengan iman kita mampu menjaga iman lelaki pula. Sungguh ramai di antara kita wahai wanita, banyak menggoyahkan iman kaum adam setiap hari. Di merata-rata tempat ada sahaja dari kaum kita wanita berpakaian yang kurang manis dilihat. Di internet lebih lagi. Di laman-laman sosial seperti facebook cukup popular dijadikan sebagai pentas memperagakan pakaian mahupun kecantikan yang Dia bagi.(saya tidak terlepas juga). Simpanlah dan rahsiakanlah kecantikan mu itu demi si dia suatu hari nanti. Jangan dibiarkan lelaki lain menjamah kecantikan mu saban hari. Wahai wanita, peliharah lah fitrah lelaki yang sememangnya berminat dengan kecantikan dan kemanisan mu. Peliharah fitrah kaum yang bakal menjadi teman mu suatu hari nanti. Jika kau tidak mahu dia lelaki melihat wanita selain dari mu, maka kau peliharalah dirimu moga tidak dilihat lelaki lain.

Dan untuk mu lelaki, jagalah fitrah mu sebaik mungkin. Berdoalah moga fitrah mu tidak menjadi fitnah bagi dirimu di dunia yang penuh tipu daya ini. Kecantikan sebenar wanita biarlah hanya pada si dia teman mu suatu hari nanti. Jangan terlalu mudah bagi mu menonton kecantikan yang tidak halal bagi mu.

"Ya Allah, Tuhan ku yang menciptakan aku. Yang menjadikan fitrah bagi ku menyukai hamba Mu yang berlainan sifat dan jantina dari ku. Aku bersyukur dengan fitrah yang KAu kurniakan ini namun jangan Kau biarkan fitrah ku ini menjadi fitnah bagi diri ku. Cukuplah Engkau sebagai pelindung buat ku"

Bush!! (adala sikit bunyi nya macam tu)

"Ya Allah! kenapa baling bantal dekat kipas! Nak bagi kipas jatuh ke??!" saya menahan marah. "Pelihara fitrah mereka yang kuat sangat main ni Ya Tuhan ku." saya mengetam bibir menahan sabar.(huhu)

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya..."
(An-Nur : 30,31)














.:betul ke saya sayang dia?:.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..


Hampir 3 hari tidak mampu mengukir senyuman. Termenung seketika memikirkan sesuatu. Buku Secangkir Teh Pengubat Letih karya Ust. Hasrizal Abdul Jamil sentiasa disisi. Ayat yang sering terngiang di telinga.

" sabar ye, insyallah mesti ada hikmah"

Terusik juga hati ini oleh askar-askar yang sentiasa membisikkan sesuatu yang hanya membawa diri ini pada putus asa. Askar yang memang sudah berjanji pada Nya untuk menggoyahkan hati hambaNya.

"kenapa asyik kata macam tu je? rasa macam dah buat yang terbaik haritu..tapi kenapa Dia x izinkan? subhanallah.."

Banyak sungguh saya 'berbual' dengan Dia. Tiba-tiba ter'secrete' fluid dari lacrimal glands bila bertemu dengan ayat ini.

"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosa mu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhan mu pada waktu petang dan pagi."
(al-Ghafir)

Selalu saya minta kekuatan iman pada Dia, tapi bila Dia usik sedikit hati ketika terlena, saya persoalkan pula tindakan Dia. Saya selalu kata saya sayang Dia. Bila Dia tidak berikan apa yang saya mahu, saya mula putus asa. Padahal saya lupa pada janji dan nikmat Dia. Betul ke saya sayang Dia? Setiap hari saya minta Dia bagi saya kekuatan iman, tapi bila di cucuk sedikit hati, saya mula mengeluh. Dia ada beritahu saya supaya yakin dengan Dia. Sebab Dia janjikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk saya. Buktinya Dia selalu 'chat' dengan saya. Ni contoh sms Dia untuk saya.

"dan Tuhan mu berfirman, berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."
(al-Ghafir:60)

Dia juga selalu ingat kan saya.

"sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. dan apabila mendapat kebaikan dia pula kikir. kecuali oarang yang melaksanakan solat. mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya."
(al-maarij:19-23)

Oleh itu saya mengajak sahabat semua agar ingat kembali apa yang kita minta pada Dia. Mungkin kita ada minta dia kekuatan iman. Sebab itu DIa uji kita. Supaya kita menjadi hambaNya yang kuat. Sebab DIa lebih suka hambaNya yang kuat dari yang lemah. Sentiasalah perbaharui taubat kita. Berada di akhir zaman ini tidak mungkin kita terlepas dari maksiat setiap hari. Didiklah diri untuk bersabar wahai hati ini.

Ampunkan hambaMu yang hipokrit ini Ya Allah. Jangan Kau biarkan aku menzalimi diriku sendiri.