Saturday, August 21, 2010

kurang pasti tajuk post kali ini~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..



Ketika jari masih aktif men'scroll', membaca, baik blog, info atau facebook (ada eh info kt fb?huhu..chat ngn adek jp), teringat pula blog sendiri yang sudah lama tidak di update. Aduh, risau pula penyakit malas dan ketandusan idea disebabkan kurangnya mencari ilmu, kembali berjangkit. Neuron-neuron mula bertindak aktif selepas kenaikkan adrenalin disebabkan kerisauan dan kerinduan melanda (ayat mantap nih!). Saya mula mencari tajuk atau topik untuk dikongsi bersama. Menulis bukan kerana takut blog bersawang, sebaliknya takut hati dan akal pula yang bersawang kerana kurangnya membaca dan mencari ilmu. Setidaknya bila ingat blog sendiri baru lah membaca.



"ting-ting...ting-ting...ting-ting..."(ada la skit bunyinya cmtu). "eh, awalnya kejut sahur."



Seperti kebiasaan di Mesir, apabila menjelang bulan Ramadhan, akan terdapat mereka yang mengejut anda sahur. Ya. Kejut anda sahur! Jarang sekali ada mereka yang rajin dan baik pula mengejut orang sahur dari rumah ke rumah di Malaysia. Tapi itulah yang terdapat di Mesir. Sejam dua sebelum sahur, mereka yang mengejut sahur ini akan mengetuk tin kosong (mmg sgt bingit!) dan berjalan sepanjang kawasan perumahan. Sejak tinggal berseorangan di rumah, bawang celup tepung menjadi pilihan untuk sahur. Hah?? Bawang celup tepung?!

(haha..) Atau nama glamor nya onion ring. Yeah~ Menu sahur pagi ini, bawang celup tepung dan karamel (buat sendiri tau!hehe)



Sedang sibuk membaca tentang negara yang dimurkai Allah suatu masa dahulu, Sodom dan Gomurrah (zaman nabi Lut), ter'klik' saya ke satu site. Islam watch. Atas faktor kekurangan bahan bacaan seperti buku (kurg bajet sbnrnya nk bli buku) maka saya kebiasaan nya akan mencari info di internet. Tapi diingatkan internet ada bahaya nya juga. Sumber-sumber banyak di ragu-ragukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kembali ke site Islam watch tadi. Ia berkisarkan tentang seorang yang beragama Islam murtad dan cuba menyebarkan keraguan dia sendiri kepada orang lain. Maka yang kurang ilmu pengetahuan (termasuk saya) juga pasti mudah ragu-ragu akan agama Dia.




" dan diantara manusia, ada yang berbantah tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan"


(Al-Hajj : 8)




Dan bagaimana kita sebagai umat Islam mahu berdepan dengan golongan-golongan ini. Maka perdalamkan ilmu di dada dan kuasai lah ilmu-ilmu yang banyak di kuasai golongan barat. Supaya kita tidak kekok dalam membahaskan ketulenan agama kita sendiri. Sekadar mengingatkan sahabat dan diri sendiri juga. Kerana kita sering kali belajar tanpa henti. Bermula dari usia 5 tahun lagi. Di hantar ke tadika belajar membaca sehingga berada di institusi-institusi pengajian tinggi. Sebagai pelajar perubatan misalnya, sampai bila kita mahu belajar sekadar cukup untuk lepas exam?(saya tidak terkecuali). Bagaimana jika kita berhadapan dengan pesakit nanti tanpa buku ditangan? Bagaimana dengan masalah-masalah ibadah bagi pesakit?





"Doktor, tangan pakcik bersimen nih. Macam mana nak solat?" "err..hmm..nanti saya tanya orang dulu ye pakcik".




Itukah jawapan kita suatu hari nanti? Ataupun lebih hebat lagi. "hmm...pakcik tidak perlu solat lah. Nak buat macam mana dah bersimen tak boleh ambil wudhu'". Fikirkan kembali. Sama juga seperti bidang-bidang lain. Terlalu banyak risalah-risalah memboikot rejim zionis, namun adakah cukup dengan menunjukkan kemarahan kita sahaja tanpa melakukan apa-apa? Sekadar mengajak sahabat membaiki semula niat kita dalam menuntut ilmu. Supaya kita tidak dipersalahkan suatu hari nanti kerana kurangnya ilmu di dada.






"wah..nak masak apa pula untuk berbuka malam nih. Hmm. Bawang celup tepung je lah!"





Tersenyum memikirkan Ramadhan yang dilalui hanya bertemankan Dodol disisi. Lupakan sahaja tanpa teman disisi. Kerana kembalinya aku kepadaMu tanpa di temani juga.Terima kasih Yang Maha Penyayang kerana Kau izinkan aku menyambut Ramadhan lagi.

Inilah Dodol. Terima kasih kerana sentiasa bersamaku~




Friday, August 13, 2010

.:sayang yang tiada sempadan:.


Selamat datang di ucapkan kepada bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam, Ramadhan. Ramadhan kali ini banyak mengundang sebak di dada. Pelbagai ujian ditempuhi bagi mengharapkan keberkatan dan keredhaanNya. Ramadhan yang kali ini mengajar saya erti kesabaran yang amat tinggi.



"Jangan risau, sekarang masa untuk tawakal pada Allah. Kalau niat kita betul nak berjaya untuk tolong orang Islam, nanti Dia permudahkan urusan kita. Ma doakan adik berjaya dengan cemerlang. Sokmo ma doa, lepas solat ma buat solat sunat untuk adik kat sana."



Kata-kata ibu saya atau lebih mesra dengan panggilan Ma cukup buatkan air mata saya berlinangan setiap kali menghubungi beliau. Wan Samsiah binti Ismail. Seseorang yang sangat penting dalam hidup saya. Tanpa dia, tiadalah saya. Kasih sayang nya tiada sempadan. Sayang nya pada kami tidak pernah diungkap. Jarang sekali mendengar beliau menyebut "ma sayang kamu". Namun sayangnya pada kami adalah sayang yang tanpa syarat. Ya. Tanpa syarat. Keyakinannya pada saya lebih dari saya yakin pada diri saya sendiri. Mungkin kerana beliau terlebih dahulu mengenali saya selain yang menciptakan saya. Beliau mengenali saya sebelum bertemu saya lagi. Selama 9 bulan beliau membawa saya kemana-mana. Berat yang dipikul tidak pernah dikeluh. Kesakitan ketika melahirkan tidak pernah diungkit. Tekanan ketika membesarkan kami adik beradik tidak pernah dipersoalkan. Kerana sayangnya pada kami adalah sayang yang tiada sempadan.



Ketika saya mengambil subjek embryology dan physiology, saya mula mengetahui bagaimana sakitnya seorang ibu melahirkan anak. Walaupun masih belum mengalami, teori-teori yang saya pelajari sudah cukup membuatkan saya trauma untuk masuk wad bersalin. Ini baru teori belum praktikalnya lagi. Allah..Sungguh mulia 'pekerjaan' ini. 'Pekerjaan' yang menaruhkan nyawa sendiri serta tidak ternilai harganya. Pekerjaan yang tanpa gaji. Tiada sesen pun diberikan kepada mereka ibu-ibu diluar sana ketika mereka selamat melahirkan anak masing. Adakah mereka meminta gaji mereka selama ini pada kita? Gaji atau upah bagi melahirkan kita. Gaji bagi membesarkan kita yang begitu banyak kerenahnya. Gaji bagi setiap helaian baju dan barang-barang kita sejak dari kecil yang ditanggung oleh mereka. Tidak sama sekali!



Memori mengimbas kembali.



"Tolong ma gi kedai cik wahab meta. Beli ike(ikan). Abah tok(tidak) balik lg nih."ma menyuruhku. "ala..panas la ma. Nanti jap lagi abah balik la tu." Suatu ketika dulu saya terlupa bahawasanya, dia yang melahirkanku pernah ke hulu ke hilir dengan bebanan yang berat di perutnya 20 tahun yang lalu. Tidak pernah pula menyalahkan perutnya yang berat itu. Bekerja tanpa pernah merungut membawa seorang lagi kesayangannya yang sedang nyenyak tidur didalam perutnya. Kini tanpa perut yang berisi apa-apa(ketepikan soal buncit) saya tidak mahu ke kedai yang jaraknya hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai.



"Ma, selamat hari lahir! Ma nak hadiah apa?" "Ma nak doa dari anak-anak ma".harapan dari seorang ibu.



"Eh, adik dah makan belum ni? Jaga kesihatan. Jangan makan lewat-lewat sangat. Nanti ma suh abah masukkan duit eh."kata-kata yang sering terungkap setiap kali saya menghubungi ma dari mesir. Cukup membuatkan saya serba salah untuk menelefonnya. Ingin bertanya khabar tapi Ma pula yang risaukan saya. "Masak apa arini?"bertanya lagi Ma pada saya.


"Bangun-bangun solat subuh nuh. Dh pkul bape nih tak solat lagi!"


"Ma! Ma kata nak g PD (Port Dickson) arini minggu ni! Ma tipu la ni.."kami merungut ketika kecil.


"Nanti bawa pizza ni untuk berbuka."pesan Ma pada abang dan kakakku ketika mereka ingin pulang ke rumah masing. Pizza buatannya seringkali menjadi kegemaran kami.


"Weh..la! Ayam gembong Ma dah tak dop! Kena make(makan) ke anjing la tuh. Nate anjing nih!"
Kami bergelak ketawa melihat Ma kerunsingan bila ayam belaannya hilang!

Rindu datang lagi..

Teringat saya akan artikel dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil bertajuk cinta tanpa syarat.
http://saifulislam.com/?p=474 .
"Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada."


"Yang Maha Pengasih Kau sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku".


Selamat hari lahir buat Ma yang ke 59 pada 15 Ogos ini. Moga Dia panjangkan umur Ma untuk beribadah padanya. Dan sekiranya kita tidak bertemu lagi, moga kita mengharapkan pertemuan di Syurga suatu hari nanti. Sungguhpun kita tidak layak ke syurgaNya. Moga kasih sayang yang tiada sempadan ini menyatukan kita disana. Halalkan makan minum dan masa yang telah dihabiskan ketika menjaga kami adik beradik. Maafkan kami sepanjang mendidik kami, kerana terlupanya kami pada jasamu. Ketika kami mengguris hatimu tanpa segan silu. Ketika kami tidak mengendahkan nasihatmu. Ketika kami menganggap kami sudah besar. Ketika kami lupa sakit yang dihadapimu disaat melahirkan kami. Ketika kami lupa titik peluhmu yang menyara kami sekeluarga. Ketika kami terlupa bertanya khabar mu apabila sudah berjauhan. Sesungguhnya Dia lah yang berhak membalas jasa mu.


Moga Kau izinkan aku untuk memiliki kasih sayang yang tiada sempadan itu untuk ku curahkan pada hambaMu..

Saturday, August 7, 2010

.:saya nak jadi pilot!:.

Dengan nama Allah Yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Jam menghampiri 12 pagi Mesir, saya masih lagi bersengkang mata untuk menyiapkan artikel yang luar biasa ini.(haha) Mana tidaknya, seorang pelajar perubatan sedang cuba memahami dan menganalisis mengenai jet fighter! Ya, Pesawat pejuang! Dengan idea yang langsung tidak muncul sejak sejam yang lepas, namun dengan semangat yang waja (haha, sdah pening sdikit), disini saya ingin bercerita tentang topik yang membuatkan saya menguap setiap 5 minit!(hehe sila jgn marah ye bg penggemar jet).

"Dulu cita-cita saya nak jadi pilot! Bukan pilot yang bawa kapal terbang tuh tapi yang bawa jet fighter!"sungguh bersemangat beliau bercerita. Teringat saya pada perbualan dengan sahabat yang satu ini. Bila buka sahaja topik ini dengan bersungguh-sungguhnya beliau akan bercerita dan saya pada mulanya dengar tidak dengar sahaja (hehe) kerana satu apa pun saya tidak faham walaupun sesekali saya cuba untuk interrupt perbualan beliau. "Ingat tak dulu saya pernah cerita jet fighter kegemaran saya?" "oh..ingat-ingat..jet fighter jenama fulcrum apa tau dengan jet fighter tom and jerry.."saya berseloroh. (Huhu.) Dan kini saya dengan bangganya ingin berkongsi pula dengan anda semua tentang benda yang bersayap dua ini.

F-14 Tomcat merupakan pesawat dua tempat duduk berkelajuan supersonik (apekah ini??), berenjin berkembar serta mempunyai sayap geometri boleh ubah. Disebabkan pesawat ini hanya menyediakan dua tempat duduk, oleh itu saya tidak menggalakkan bagi mereka yang berkeluarga memiliki pesawat ini atas faktor kekurangan tempat duduk juga tidak mampu untuk membawa kesemua keluarga anda bercuti raya nanti. Di samping itu, peranan utama F-14 adalah sebagai platfom pesawat penguasaan udara maritim, pemintas bagi pertahanan angkatan laut dan pengawasan taktikal bagi Tentera Laut A.S dari tahun 1974 sehingga 2006. Menurut sumber, pesawat ini juga pernah dieksport ke Iran sebelum kedua-dua negara menghentikan hubungan diplomatik antara satu sama lain.
"wahh~~Allahu akbar". saya menguap buat kali ke 24 nya. Berdasarkan matematik nya, setiap 5 minit saya akan menguap dan kini sudah 2 jam (120 minit) saya cuba menyiapkan artikel ini.
F-14 Tomcat yang hanya memiliki 2 tempat duduk hanya cukup untuk ibu bapa kita sahaja di pagi raya.


Sebuah lagi pesawat adalah Fulcrum MiG-29, merupakan pesawat yang digunakan oleh Soviet Union bagi menghadapi tentera US pada 1969. Seperti kebiasaan bagi negara-negara besar mereka lebih mementingkan faktor keselamatan dalam negara, oleh itu pesawat-pesawat ini di gunakan bagi tujuan keselamatan negara masing-masing. Bagi mereka yang bimbangkan kesesakkan jalan raya serta keselamatan keluarga menjelang raya ini boleh lah mendapatkan pesawat ini dengan harga AS$ 100 000. Sebagai nasihat, bermula lah menabung dari sekarang.
Fulcrum MiG-29 juga hanya memiliki 2 tempat duduk. (smua jet fighter mmg ada 2 seat je eh??)

Memandangkan jam makin menghampiri 2 pagi, saya berhenti di sini sahaja untuk artikel yang luar biasa ini. Di harap sedikit sebanyak membantu anda mengetahui tentang jet fighter. Segala info di rujuk dari wikipedia. Artikel ini juga memberi saya pengalaman berharga iaitu menyiapkan satu-satunya post yang memakan masa hampir 3 jam! huhu. Lebih lama dari minor operation (pembedahan kecil)!. Sebelum itu ingat pesan saya, pesawat ini tidak sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Tetapi bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga, pesawat ini sesuai untuk membawa anda dan pasangan melancong ke serata dunia. Renung-renung kan lah dan selamat beramal~

p/s: artikel ini ditulis bagi mengurangkan sel-sel kulit di wajah dari rosak ketika anda mengalami kenaikan adrenalin atas faktor stress. Namun sebaik-baik ketenangan adalah dengan kembali pada DIa bagi mengubat rindu di hati di kala berjauhan dengan yang tersayang. Sungguh rindu diri ini pada keluarga dan sahabat-sahabat..

Thursday, August 5, 2010

~selamat datang ke dunia perubatan~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..
Entry kali ini di copy paste dari blog Diari Hatiku oleh Dr Faizal. Entry yang cukup menarik bagi bakal-bakal doktor dan bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan seorang doktor. Moga memberi manfaat pada kita semua. Selamat membaca.

Si ibu, bayi dan doctor yang malang


Erk, Alhamdulillah, kenyang perutku. Santapan di kedai Dawar amat menyelerakan. Ayam panggangnya tak sama dengan ayam panggang kedai lain. Sedap betul.


Alamak, dah pukul 10pm! Aku tak solat isyak lagi ni. Desis hatiku. Langkah disusun ke arah Hospital Kasr el-Ainy Faransawi. Tempat biasa aku solat isyak di situ. Dalam perjalanan terserempak dengan abang Israk. "Abang baru balik lawat akram ngan Amman,"katanya. Aku yang dah lama tak melawat mereka ni terus melawat Amman dan Akram selepas menunaikan solat Isyak.


Setelah lebih kurang dua jam berborak dengan Amman, dan ibu bapa Si Akram, aku minta diri untuk ke hospital Kasr El-Ainy dalam university. Pada mulanya aku dah malas sangat dah nak pergi hospital untuk attachment malam tu. Kaki pun dah melangkah jauh ke arah rumah.


Tiba-tiba aku rasa serba salah pula. Baju Surgery dah pakai, alat semua dah bawa, bekal pun dah ada, tiba-tiba balik rumah pula, fikirku. Kalau ikutkan hati sampai bila nak Berjaya? Monolog sendirian memainkan peranan. Langsung aku hentikan niat untuk balik rumah dan kembali menapak ke arah hospital University.

Pukul 12 am. Suasana di luar wad bersalin tak sama dengan wad lain. Ahli keluarga sangat ramai tunggu di luar wad. Ada yang duduk berborak, ada yang baca quran doakan si ibu selamat bersalin. Ada yang bentang tikar,makan dan ramai juga menjalar tidur macam ular sementara menunggu si ibu keluar dari wad bersalin.


"Waduh-waduh, ni mesti ramai patient hari ni," daku berbisik. Seperti biasa Ayat Qursi dibaca sebelum aku masuk ke wad bersalin, tempat nyawa baru disambut dan juga tempat nyawa diambil Allah. Aku juga berdoa agar doctor-doctor pakar yang bertugas lembut hati nak ajar aku malam ni.


Suasana dalam wad seperti biasa, sesak dengan pesakit. Selalunya pukul 12 am sampai pukul 1 am ni semua doctor akan berehat sekejap sebelum menyambut ibu beranak untuk giliran yang seterusnya. Namun keadaan tak sama pada waktu itu. Ruangan menunggu tak ada doctor pun, hanya jururawat. Aku letak beg dan pasang alas kasut seterusnya masuk ke Labor room.


Patutlah tak ada doctor kat ruangan menunggu. Banyak orang sedang bersalin sekarang ni. Semua bilik untuk vaginal delivery dan cessarian penuh. Aku apa lagi, terus ambil glove dalam bag, dan terjah masuk ke O.T. Dr Mona nampak aku.Dia tersenyum.


"Kenapa datang lambat?" tanyanya. "melawat sahabat tadi,"jawabku. Dr Mona suruh ke bilik vaginal delivery untuk bertugas di sana. Dekat O.T biar dia handle. Aku tanpa banyak songeh terus ke bilik sebelah.

"Hamot ya doctor, hamot!" jerit seorang ibu. Ibu menjerit-jerit kesakitan. Nurse-nurse menjerit-jerit marah si ibu yang tak dengar cakap. Doctor zaitun menjerit-jerit suruh ibu baring dan mengangkangkan kaki untuk sambut bayi, namun tidak dipeduli oleh si ibu. Sakit,fikirku. Aku terus baca history dengan laju.


IUFD. (intra Uterine fetal Death). Anak dah mati. Aku teringat pada mama yang pernah menghadapi situasi yang sama apabila adik bongsuku mati dalam kandungan gara-gara mama aku ada PIH(pregnancy Induced Hypertension). Si ibu yang ada PIH akan ditahan di wad sebab dikhuatiri anak dalam kandungan akan mati. Si ibu yang di depan aku ni pun degil nak keluar wad waktu dia mengandung, sama macam mama aku. Sekarang anak dah mati. Apa yang mampu dibuat? Lain kali ikut cakap doctor, tak ada doctor yang senang-senang nak tahan pesakit dalam wad, dia mesti ada sebab.


SI ibu ini menjerit-jerit dan menampar-nampar mukanya kerana kesakitan. Aku hanya melihat tanpa emosi. Mungkin sebab dah biasa sangat tengok adegan menjerit-jerit dan menampar-nampar muka ketika vaginal delivery sehinggakan aku rasa benda tu normal di Mesir ini. Mayat bayi mesti dikeluarkan.


Selepas beberapa minit, Mayat bayi berjaya dikeluarkan. Umbilical cord dia ada "true knot" atau dalam bahasa melayunya bersimpul. Maka pengaliran darah terhenti dan menyebabkan si bayi mati. Aku balut mayat bayi lelaki tadi dan letak di ruangan berhampiran sebelum attendant lelaki mengambilnya dan diletakkan di peti sejuk sementara.




Gambar bayi yang mati tadi.
peti sejuk sementara yang menempatkan bayi yang mati sebelum, ketika atau selepas kelahiran di wad bersalin.
kelihatan ada dua bayi yang mati pada hari tersebut dan ditempatkan di dalam peti sejuk ini.
Anda boleh saksikan air minuman attendant arab yang bertugas diletakkan di bahagian atas manakala mayat-mayat bayi yang berbau berada di bahagian bawah. Mereka minum dengan selamba. WUEKKK!!
Antara pukul 12 dan 2 am, ada lebih kurang 14 delivery. Aku buat 3 vaginal delivery selebihnya doctor-doctor lain yang turut sambut. Aku baru sahaja nak bangun dari kerusi dan minum air, sekali doctor Rahmah menjerit "get ready, cessarian Section, emergency!"


Apabila dia kata 'emergency sahaja' nurse ngan attendant cepat-cepat pergi ke Operation Theatre untuk uruskan kelengkapan. Aku ambil fail dari katil pesakit dan aku baca history dengan pantas.


WANITA INI TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL AGOZA KERANA TIDAK SEDARKAN DIRI KETIKA BERADA DI JALAN RAYA OLEH ORANG RAMAI YANG MENJUMPAINYA. KERANA KETIADAAN PAKAR, HOSPITAL AGOZA TELAH MENGHANTAR PESAKIT TERSEBUT KE UNIT KECEMASAN HOSPITAL UNIVERSITY KAHERAH(KAS EL-AINY).

BELIAU DIRAWAT DI BAHAGIAN INTERNAL MEDICINE. SELEPAS DISIASAT, WANITA YANG KOMA INI DIDAPATI MENGANDUNG ANAK KEMBAR 28 MINGGU(TAK CUKUP BULAN) DAN SETERUSNYA DIPINDAHKAN KE BILIK BERSALIN.


Itulah kesimpulan yang aku dapat buat. Report Dr Mustaqim(pakar internal medicine) sangat panjang dan detail. Tak mampu aku tulis semuanya di sini.


Lab report aku baca. Kesemuanya merunsingkan aku. "Wah banyaknya complication" jeritku dalam hati. Aku campak fail tu atas katil. Aku pun terus berlari dapatkan Dr Hisham (pakar O&G) yang sedang lena tidur di atas sofa. "dr Hisyam, fe emergency"kataku.


Dr Hisyam dengan air liur kat pipi terus masuk O.T baca fail. Nurse-nurse dah siap sedia. Doctor Paediatrik dah standby tepi katil. Dr-dr lain tengah kelam-kabut menyambut kelahiran lain di bilik lain.

Dengan mata terkebil-kebil kerana mengantuk, aku capai kain gown yang sterile. Nurse tolong pakaikan. Aku kena tolong dr Hisyam ni.


15 minit kemudian, setelah amniotomy dilakukan, bayi perempuan pertama dikeluarkan. Susuk tubuhnya sangat kecil. Tak bergerak pun. Cyanosis all over the body. Dr Paediatrik iaitu Dr Mona yang bertugas di situ sambut bayi kecil ini dan bawa ke radiator.


Air ketuban bayi yang kedua ini sangat banyak. Tersembur ke ceiling. Cermin mata aku ngan Dr hisyam terpalit air ketuban. Janggut mahal Dr Hisyam terselamat sebab dia pakai mask.huhuhi. Dr Hisyam angkat bayi kedua, seorang lelaki. Aku ambil dari dia, dan menoleh ke belakang. Alamak!


Baru aku teringat mana ada doctor lain kat situ. Nurse tu suruh aku buat resuscitation, dia boleh tolong Dr Hisyam. Aku pun berlari ke radiator kedua.


Kedua-dua bayi kebiruan(cyanosis). Tak bergerak pun apatah lagi menangis. Di saat cuak tu aku lap bayi seperti biasa dan terus buat endotracheal intubation. Suction dibuat. Aku buat tactile stimulation namun tak berhasil.


Ambu bag!jeritku. Dr Mona jerit balik, "Cari ambu bag lagi satu,saya ada satu jer nih, bayi ni masih 0 apgar score." Lintang-pukang aku waktu tu. Tercari bawah meja, dalam almari, atas radiator, bawah radiator, tak ada! Bayi dah biru gelap! Aku angkat cepat-cepat ke radiator Dr Mona, ambu bag! Dr Mona pass Ambu bag kat aku, aku pump bayi kedua. Aku pass ambu bag kat Dr Mona, dia pump bayi pertama, dia pass balik ambu bag kat aku, dan begitulah seterusnya.


Tak cukup ambu bag punya pasal! Ada satu sahaja kat situ! Demi menyelamatkan kedua-dua bayi terpaksa kongsi ambu bag. Bayi dah kurang birunya, tapi still biru! Nak buat macam mana nih?? Dr Mona dah masuk emosi!


10 minit kemudian, pakcik Adil datang, dia attendant waktu tuh. Diberinya ambu bag yg baru sterile. Aku dah lega dah. Dr. Mona, "take that one, and ambu this second baby". Aku akur walaupun hakikatnya waktu tu aku berfikir, advanced sungguh English Arab ni, "ambu" tu boleh tukar jadi kata kerja pulak. Huhuhuhu. Asalkan makna sampai, yer tak?

'Bayi lelaki yang aku "ambu" semakin lama warna semakin pink. Namun masih tidak menangis, ada degupan jantung tapi masih severe bradycardia, dan masih tidak ada spontaneous respiration.


Bayi perempuan yang Dr Mona handle semakin lama semakin biru. Anda boleh lihat beza kedua-dua bayi seperti gambar di atas(aku sempat snap, kalau bayi tak survive, gambar ni jadi bahan mahkamah lah jawabnya). Kakak H.O tu auscultate bayi perempuan,"no Heart Beat". Dr Mona cemas, manic-manik peluh jelas membasahi raut muka arabnya yang cun itu.

Diambilnya adrenaline dan dimasukkan ke endotracheal tube. Degupan jantung masih tiada. Dimasukkan dose kedua adrenaline, pun masih tiada.


Dalam hati aku waktu tu memang terdetik bayi perempuan itu tak mampu survive. Aku suruh dr Mona pump jantung mechanically. Ada kakak H.O datang tolong. Sebelah tangan aku mengepam ambu bag bayi lelaki, tangan kanan aku angkat kedua-dua kaki bayi perempuan dan flex the hips.


"What are you doing?"tanya Dr Mona. "Improve circulation, I saw Dr Mostafa did like this many times before"jawabku. "OIC,"desis Dr Mona. Kakak H.O tu teruskan ambu bayi perempuan dan Dr Mona sedang siapkan dose adrenaline ketiga. Dimasukkan adrenaline melalui endotracheal tube.


"Color improves,"kataku selepas beberapa minit. Dr Mona capai stethoscope dan periksa jantung. Bradycardia! Aku agak lega waktu tuh sebab degupan jantung dah kembali walaupun sangat lemah. Kakak H.O tu mempercepat "ambu" bayi perempuan.

Cuba bandingkan warna dan saiz bayi yang baru dilahirkan dan sihat berbanding bayi kembar tadi, berbeza tak?
"Dr Mona we need mechanical ventilation,"kataku. "I know,"jawabnya pantas.


Mobil Sony Ericson dikeluarkan dari poketnya dan Dr yang bertugas di BILIK INCUBATOR wad Paediatric dihubungi. Aku tak ingat nama Dr yg bertugas tu. Yang pastinya perempuan.


"I GOT BAD NEWS,"kata Dr Mona. "Sekarang semua mechanical ventilation sedang digunakan. Mungkin pukul 10 am nanti baru seorang bayi akan dipindahkan keluar dari mechanical ventilation. Tetapi salah seorang yang lebih baik prognosisnya yang akan dipindahkan ke atas." "bayi kembar lagi satu?"tanyaku pantas.

"Kita tak ada pilihan lain selain ambu terus-menerus atau biarkan bayi mati sekiranya sememangnya tak ada harapan"kata Dr Mona. Kakak H.O tu terkedu.


OWh shittttttttt!!!, inilah benda yang aku paling tak suka dalam bidang perubatan. Mengorbankan salah seorang sekiranya peralatan tak cukup. Kini aku yang terkedu.


Sememangnya inilah jalan yang paling rasional. Sekiranya alat ada satu, dan mangsa ada dua, maka mangsa yang ada peluang untuk hidup akan menggunakan alat tersebut. Memang nampak agak kejam tetapi akan jadi lebih kejam sekiranya mangsa yang tiada peluang untuk hidup menggunakan alat tersebut DAN MATI, manakala mangsa yang ada peluang untuk hidup bertukar menjadi tiada peluang untuk hidup dan MATI. Akhirnya kedua-dua MATI.


Perkara yang sama berlaku ketika kemalangan arwah Ammar dan Abdul Rahman(sahabat kami yang kemalangan tempoh hari). Apabila satu ambulan yang berkejaran dari jauh tiba di highway pada malam itu, waktu tu ada dua nyawa yang masih hidup, Ammar dan Abdul Rahman. Pada mulanya ambulan mengambil si Ammar tetapi selepas beberapa meter, mereka berpatah balik dan menurunkan si Ammar kerana doctor yang ada dalam bulan itu kata Ammar tiada peluang untuk hidup. Maka Ammar diturunkan dan Abdul Rahman dimasukkan ke dalam ambulan. Si Ammar melepaskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas beberapa ketika manakala Abdul Rahman sempat diselamatkan dan masih bernyawa ketika kini. Al-fatihah untuk arwah si Ammar.


Cuba bayangkan sekiranya Doctor dalam ambulan itu tak membuat keputusan yang betul dan membawa Ammar guna ambulan. Arwah Ammar akan meninggal dalam perjalanan dan Abdul Rahman juga akan mengalami nasib yang sama sementara menunggu ambulan kedua yang datang dari jauh ke tempat berlakunya kemalangan. SEMOGA DISIMPANGKAN. Namun doctor arab yang bertugas itu sangat bijak untuk membuat keputusan pada saat-saat kritikal ini dan abdul Rahman dapat diselamatkan.


Membuat keputusan sebegini tidak tertulis dalam buku teks perubatan. Mereka yang berfikir, gigih mengambil pengalaman akan lama-kelamaan mengetahui cara membuat keputusan sebegini. Mereka yang sambil lewa belajar dan malas buat praktikal, maka akan menyesal kemudian apabila pesakit mati , kesan dari kebodohan dan kemalasan doctor yang bertugas. Aku tak salahkan orang lain. Kebanyakan doctor yang stress dan kena ambil tindakan disiplin dan mahkamah, memang mungkin disebabkan sebab yang tidak boleh dielakkan, TETAPI kebanyakannya BELAJAR SAMBIL LEWA,SETAKAT NAK LULUS EXAM, bila berhadapan dengan pesakit, salah buat keputusan dan pesakit mati. Aku tak salahkan orang lain.

Kembali kepada cerita di atas. Selepas mendengar berita malang di atas, aku serahkan Ambu bag bayi kedua pada Dr Mona manakala kakak H.O meng"ambu" bayi pertama.


Aku masuk O.T tadi. Seorang doctor pakar lain ada di samping dr Hisyam. Aku tak dapat tangkap perbualan mereka dengan jelas, cuma yang aku faham waktu tuh, aku dengar berita malang kedua.


Disebabkan komplikasi serius, Si ibu terpaksa buat hysterectomy iaitu operation membuang rahim. Aku terkedu. Emosi menjalar masuk dalam tubuh. Aku cuba bertahan.


Dr Hisyam suruh ambil consent isi, dan minta tanda tangan waris untuk membenarkan operation ini dilakukan. Aku cakap kat nurse yang duduk di luar. Nurse tadi keluarkan consent dan aku hubungi wad Internal Medicine. Dr yang ada di situ kata mereka menerima pesakit itu tanpa waris. Tiada ahli keluarga yang mengetahui bahawa si ibu sedang koma dan sedang sibedah sekarang!


Ya Allah,mengucap aku banyak kali waktu tuh. Dr Mona dah istighfar banyak-banyak dah waktu tuh. Masing-masing buntu nak buat macam mana.


Si Ibu masih tak sedarkan diri. Perutnya masih terdedah. Rahimnya masih bersambung dengan organ lain tapi bahagian atas atau fundusnya terpancul keluar dan diletakkan di atas abdomen si ibu.


"We have to do it now,"kata Dr Hisyam. Aku mengangguk sebagai saksi dalam consent ini. Dr Hisyam dan dr pakar sebelahnya(aku tak ingat nama dia) terus memulakan operation Total Abdominal Hysterectomy dan Bilateral Salpingo-Oophorectomy. Operation buang rahim, Fallopian tube dan Ovary sekali. Aku tak tahu sebab apa tube dan ovary dibuang sekali. Dr Hisyam cakap, tapi aku tak dapat tangkap sebab dia cakap istilah khas tu dalam bahasa arab.


Aku kembali ke radiator. Kakak H.O tertidur, tangannya pegang ambu, tapi tak pump, bayi daripada merah dah biru balik. "Kakak pergi tidur, biar saya pump,"kataku. Dia bangkit dan cari tempat di belakang pintu O.T untuk tidur.


Gambar kakak H.O yang tertidur. Aku ambil gambar ni sebab dia kata dia masih jaga dan mampu pump lagi. Pump apanya?? Bayi dah biru tuh!!


Dr Mona menguap panjang, tangannya tak berhenti mengepam walaupun matanya semakin kecil. Dia sudah bertugas hampir 24 jam dari semalam, belum rehat lagi. Cuba bayangkan. Tu pakar kanak-kanak! Kalau Medical Officer? Kalau Houseman? Tak payah cakap la. Kalau nak dekat solat subuh dan jalan macam zombie, sambut kepala bayi, tapi kepala dia yang tersenguk-sengguk, tertidur atas katil pesakit atau tertidur kat bilik persalinan baju atau tandas, aaaa tu houseman la tuh. Aku dah biasakan diri tidur alternate day kalau aku buat attachment hari ada kuliah berbekalkan Nescafe, so tak jadi masalah bagi aku.


Operation selamat dijalankan. Si ibu dah sedar. Tiba-tiba aku terdengar jeritan dari O.T. "nurse, kenapa si ibu tuh"tanyaku. "Dia menjerit tengok perutnya berbalut, bertanyakan dia di mana dan kenapa, dia kata waktu akhir yang diingat waktu dia sekolah menengah," kata nurse.



Aku tergamam. Membulat mata Dr mona dengar berita tersebut. Aku tengok kakak H.O tu dah jaga dari tidur dan mukanya cemas. Allahu akbar, terkumat-kamit bibirku melafaz zikrullah. Ingin tahu kenapa kami semua tergamam?


Si ibu telah hilang ingatan. Mungkin disebabkan factor yang menyebabkan dia pengsan di jalan waktu di Agoza tadi atau pun disebabkan delivery secara Cessarian tadi. Aku pernah terbaca dalam BUKU TEKS O&G WILLIAM, si ibu mungkin akan hilang ingatan sekiranya ada komplikasi sewaktu vaginal Delivery atau Cessarian seperti pendarahan yang berlanjutan, dan malfunction of the brain. Secara detail nya aku tak ingat sebab incidence berlaku 1 dalam sejuta. Sangat jarang. Disease ini ada nama khasnya namun aku tak ingat. Tapi kini ia berlaku di depan mata.



Bukan sahaja lupa tempat tinggal terakhirnya, dia tiada memory sama ada dia sudah bersuami atau belum dan tiada memory bahawa dia telah mengandung. Bagaimana Dr nak terangkan bayi yang kami pump dari pukul 2 tadi ni adalah bayi dia, sedangkan dia tak ingat apa-apa???????????



Aku blur waktu tuh. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan sebab. Mungkin allah hilangkan memory kerana Allah tidak ingin si ibu mengingat perkara hitam yang berlaku dalam tempoh ini atau pun mungkin ada hikmah lain. Yang pastinya nurse kena tenangkan si ibu dan minta alamat rumah waktu dia tinggal ketika sekolah menengah tersebut untuk trace ahli keluarganya. Polis akan melakukan kerja tersebut.


Tepat 8 am, dari pukul 2 am sampai 8 am. Sudah enam jam kami mengepam bayi kembar tersebut. Keadaannya masih sama. Kami yang amat mengantuk waktu tu tak dapat berbuat apa-apa. Penatnya tak dapat nak cakap. Kakak Houseman tu dah surrender. Aku tak boleh nak pass langsung ambu bag tu kat dia, dia pegang aje ambu tu dia terus tertidur, bayi biru balik! Shift tukar pukul 8.30, masing-masing dah tak sanggup nak tunggu lagi kat hospital.


Aku tanya kakak Houseman tu,"Macam mana kakak nak balik rumah? Jalan pun macam zombie nih?" Dia tersenyum. Matanya dah ptosis habis dah. Naik teksi la jawabnya.


DR Mona bangkit. Dia serahkan ambu bag kat aku. Maka aku ambu kedua-dua bayi tersebut. Dia tulis report untuk diserahkan pada Dr Paediatrik yang bertugas seterusnya. Wad bersalin kembali bising. Nurse-nurse sedang bertengkar. Perkara biasa. Apabila nak tukar shift, sekiranya nurse dan attendant yang bertugas sebelumnya tinggalkan report tak lengkap, barang bersepah-sepah, darah atas lantai tak cuci, maka nurse yang menyambung tugas akan menjerit-jerit sampai jadi bising Wad Bersalin tu. Aku dah biasa dengar.



Mengantuknya aku waktu tuh,berhenti ajer mengepam bayi akan cyanosis dan mati. Aku tak boleh berganjak langsung. Pukul 8.30 tiba, ada abang Houseman masuk. Dr Mona tersenyum. Dr Mona menyuruh abang Housman tu menyambung kerja mengepam sementara menunggu mechanical ventilation kosong.


Aku bangkit, kuangkat bag sandangku. "Pump continuously,"pesanku. Aku berlalu di belakang abang H.O tadi sambil sempat menepuk belakangnya. "take care," kataku. Dalam hati terdetik, selamat mengepam sehingga esok pagi! :-)


Doakan kedua-dua bayi kembar dapat survive, si ibu pulih ingatan dan kami dapat berjalan pulang dengan selamat walaupun berjalan macam zombie sebegini. Selamat Datang ke dunia perubatan.

Monday, August 2, 2010

.:saya takut darah?:.

Ketika di Nephrology & Neurology Department
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

"suhana, bangun2.." sahabatku yang ditugaskan tanpa gaji mengejut dengan lemah lembutnya meng'induce'kan lagi saya untuk tidur. Tepat jam 1 pagi saya bangun dari tidur bagi memulakan hari Isnin yang indah ini dengan izinNya. Mengerjakan apa yang patut diawal pagi ini sebelum memulakan study. Sempat menghubungi Malaysia atas tugas(hoho) yang diberikan.


Memulakan pembelajaran dengan topik CNS(Central Nervous System) banyak membantu mengurangkan potensi untuk ke katil semula. Mengulang apa yang telah dipelajari. Menghafal dan cuba menjadikan ia sebagai long-term memory sesuatu yang sukar bagi setiap pelajar termasuk saya sendiri. Mengambil masa sejam lebih sebelum mengalah untuk merehatkan neuron-neuron yang bekerja keras di prefrontal association area. Bagi mengelakkan mata yang semakin ptosis (mengecil), saya merayau-rayau di pagi hari itu bagi mengelakkan terlepas atau terlewat subuh. Ya. Saya merayau-rayau. Merayau-merayau ke mana pula di pagi hari itu dengan seorang diri?? Merayau yang tanpa tujuan itu membawa saya kembali ke Malaysia. Kemajuan internet saya manfaatkan sebaik nya sebagai transport saya yang membawa saya melancong ke serata dunia.hehe."Eh, kul bape nih tak tido lagi?"hehe..Saya menghubungi ma bagi melepaskan rindu. Sesudah itu saya merayau-rayau ke blog-blog pelajar-pelajar perubatan baik di Mesir atau di Malaysia. Sungguh kagum saya membaca pengalaman-pengalaman berharga mereka. Tiba-tiba teringat pengalaman saya yang tidak seberapa ini.


Pada cuti musim sejuk yang lalu, bersama-sama dengan teman-teman rapat saya membuat elective posting di dua hospital. Oncology department di Hospital Universiti (tidak berapa pasti) dan satu lagi di Nephrology department. Seingat saya hanya bersarapankan susu dan biskut bagi mengisi perut kosong. Terlupa akan condition diri yang mengalami gastritis, saya perasan kuat dan terus ke hospital dengan bersungguh-sungguhnya.(hehe) Sampai di hospital (oncology ward), sahabat-sahabat lain masing-masing memasuki bilik-bilik yang sudah ada outpatient. Saya dan teman rapat Anis ke bilik yang lain pula. kami menunggu doktor mendiagnose pesakit yang datang bertali arus.


Pesakit pertama kami seorang mak cik tua yang merungut kesakitan di bahagian breast nya. Biasanya bagi mengesahkan sekiranya pesakit mengalami breast cancer, biopsy (test bagi breast cancer)akan dijalankan. Jika kami tidak silap dengar,(kurang faham dielek english arab ammiyah) pesakit mengalami breast cancer stage 3.. Mastectomy biasanya akan dijalankan kerana pesakit sudah berada di peringkat ke-3. Walaubagaimanapun kami tidak dapat melihat pembedahan itu. Tapi kami masih lagi bersemangat menanti pesakit yang seterusnya(haha.xtahan nk tgk operation jgak). Tapi apa yang pasti perut sudah bernyanyi-nyanyi sebab lapar.(huhu). Enggan membiarkan masa terbuang saya tidak mempedulikan lagu yang didendangkan oleh perut.


Terus mengikuti pembedahan seterusnya. Pembedahan seterusnya agak simple sedikit iaitu buang lipoma. Simple-simple pun kena belajar juga. Pembedahan tersebut seperti video di bawah. Tengah berbincang sedikit dengan sahabat saya Anis, tiba-tiba saya terdiam. "suhana? eh suhana ok x ni?" Anis bertanya selepas saya kelihatan seperti hampir tumbang(haha). "hah?hmm.."jawab saya. Kemudian Anis bawa saya ke luar dari bilik dan minta saya duduk dibangku di kaunter pertanyaan. Nurse disitu yang kebanyakan dari mereka sudah berumur bertanya khabar saya. "leh ya binti?mush akul?" (kenapa anakku (bahasa mesra arab ammiyah) awk xmakan ke??). Kemudia mereka memberi saya roti bersama keju! Ya. Bunyinya enak.(haha). Tapi buat pengetahuan mereka yang belum pernah ke mesir. Keju disini adalah asli dan sangat meloyakan bagi saya. Tapi kerana orang sudah hulurkan saya makan juga walaupun terasa ingin keluar semula (muntah). "meshi, syukra ya mama. ana aiza duhul ila wad(tidak ingat dlm arab ape)"(ok,terima kasih makcik, saya nk masuk wad semula). "la, ma yanfa'sh a'syan enti sweating (xingt jga dlm arab ape.hehe)"(eh tak boleh sebab awk berpeluh0peluh ni). Tapi saya berkeras juga dan masuk semula saya ke wad tadi dengan muka sedikit malu.(haha) "Boleh pula pitam dalam wad. Ish, alhamdulillah operation kecil kalau tak, tak ke marah doktor tuh nanti tengah sibuk-sibuk buat operation ada pula med studnt pengsan!haha."hatiku terdetik.


Di pendekkan cerita sebelum pulang saya bertemu dengan seorang doktor dan bertanya kenapa saya boleh pitam tadi.(haha) Bukan apa, cuma bimbang pula ada masalah takut tengok darah ke apa ke.(hehe) (Dah la stdnt medic). Then, doktor tu kata ni mungkin sebab neurogenic shock ataupun hypoglycemic. Kekurangan tenaga dalam badan sebab diet yang tidak seimbang.(hehe..backup2). Bermula dari situ saya mula mengambil berat dengan sarapan saya (kadang2 je sebenarnya.huhu) bagi mengelakan kejadian sama berulang. Hmm..kalau dah makan cukup tapi pitam jugak kena consider sehari satu video operation supaya biasa tengok benda-benda ngeri nih.(huhu). Itulah pengalaman saya pertama kali buat attachment di Mesir. Kesimpulannya, doktor-doktor di Mesir ini memang banyak membantu mungkin mereka sangat menghormati orang Malaysia. Mereka memang profesional dalam menjalankan tugas. Dan pesanan saya pada diluar sana, jagalah kesihatan anda walaupun anda bukan doktor sekalipun. Kerana badan yang sihat menghasilkan akal yang sihat! huhu.


p/s: bagi mereka yang tidak biasa tengok video pembedahan dinasihatkan tidak perlu tonton video ini. Terutama kepada adik buncit saya dan kakak-kakak saya. Haha

.:mari berkongsi cerita:.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..
Sudah lama tidak menulis disini kerana kekeringan idea disamping emosi kurang stabil.(kena tinggal sorg2 kt umah). Oleh itu demi menjaga hati disamping mengelakkan peminat-peminat (haha.perasan!) beralih arah ke blog yang lain maka saya cuba memerah otak untuk menulis. Tapi sebelum itu saya ingin berkongsi artikel menarik dari seseorang yang saya tidak kenal tapi sangat menggemari penulisan dan pengalaman beliau. Beliau merupakan pelajar tahun akhir Cairo Universiti. Antara artikel beliau yang menarik minat saya adalah ini. Lagi artikel beliau boleh didapati di blog beliau sendiri. Blog nya ada di blog list saya "Diari Hatiku". Selamat membaca.

Lelaki, Jantan Ke Haiwan??

“Adoi, penatnya!” rungutku depan Rawya. “Fe eish?(kenapa nih)”tanya gadis Palestine tatkala aku mengucap kalam Melayu depan beliau. “A little bit exhausted. Dars Ashraf Zaki taweel awy ennaharda, talata sa’aat(tuition ashraf zaki panjang sangat hari ni, 3 jam)”kataku pada Rawya dalam bahasa Inggeris yang bercampur Arab. Dia hanya mampu mengukir senyuman membalas rungutanku tadi.


Sebenarnya kami baru habis round tropical di tropical department hari ni. Kelas yang terus menerus dan setiap satunya panjang memang menutup separa kelopak mata ini tatkala letih berbaur mengantuk. Rawya , Abod dan aku berjalan longlai menuju ke klinik sakit puan yang terletak 1 km daripada department tropical tadi. Pangjangnya la hospital cairo Univerisity nih , letih kaki aku berjalan!

Tiba sahaja di klinik, Rawya terus masuk ke bilik 1. Aku tak pakai lagi lab coat lagi waktu tu. Kuletak bag yang sangat berat berisi buku Internal Medicine Kumar dan Clark ke atas bangku lantas menyarung uniform putih itu. Abod (kawan Jordan) selamba dia ajer masuk klinik pakai t-shirt, sweater dan bersnowcap. Dia memang mcm tu. Dr hip hop. Rule breaker, huhuhu but a very genius and helpful.


“Madam, ta3aly!(puan, silakan)”jerit nurse memanggil giliran pesakit. Cairo University ni dah la antara hospital paling awal dalam sejarah dunia, cuba la guna technology nombor ke untuk giliran pesakit, masih lagi guna cara manual, fikirku sejenak. Kerajaan Mesir miskin, tak mampu nak update technology. Itu firasat pertamaku. Madam berbadan besar ini masuk ke bilik satu tempat Dr Rawya bertugas.


Aku terus masuk bilik 2. Ada Dr Mahmud waktu tu. Dr pakar dan juga consultant sakit puan di hospital Cairo University. “Ezayyak hadratik?”sapaku. “Apa khabar Faisal? Lambat datang hari ni”katanya dalam bahasa arab. Aku tak tahu la dia cakap tu tanpa emosi atau perli aku datang lambat. Huhuhu “Lissa gai men tropical(baru balik dari wad tropical)”kataku sopan. Dia senyum dan terus membelek fail-fail pesakit yang berlambak-lambak atas mejanya.


Aku terus tarik mesin ultrasound dan tocodynamometer ke tepi katil pemeriksaan. Senang sikit buat kerja. Mata mencari-cari Doppler transducer sebenarnya. Nurse kata Rawya dah ambil dulu. Pantas tul minah Palestine ni bertindak! Tak sempat aku guna. Takperla, kalau ada patient perlukan nanti suruh pergi kat Rawya. Huhuhu


“Next! “ jeritku. Pesakit bertali-arus masuk. Begitulah keadaan di klinik university yang memberikan perkhidmatan percuma untuk rakyatnya yang kurang berkemampuan. Segalanya free. Ubat ajer beli sendiri. Pesakit terpilih ajer yang dapat ubat percuma. Yang lain semuanya percuma di sini, tapi pesakit yang datang ke Hospital University ni mesti setuju untuk bekerjasama dengan pelajar perubatan. Nama pun Hospital University, sure la ramai pelajar. Ada spesis arab ni yang buka mulut pun tidak apabila ditanya pelajar, inikan pula untuk diperiksa oleh pelajar. So kes-kes incooperative macam ni professor suruh pergi hospital swasta ajer , jangan datang sini, aman dunia.


2 jam berlalu, pening kepalaku layan kerenah mak cik-makcik nih. Sekali masuk seorang remaja perempuan umur 15 tahun muncul di muka pinta. Ibunya mengikut di belakang. “Tazkarah” milik gadis ini termaktub namanya “Fatma” (bukan nama sebenar). “Beteshteky men eih ya fatma(fatma sakit apa)?tanyaku. “Fe waga3 fe batny, betenzef men taht(Sakit perut, ada darah keluar dari bawah)”kata gadis ini. Setelah aku exclude darah tu bukan darah period melalui pertanyaan, lekasku suruh Fatma baring atas katil.




Mukanya pucat, berat mulut untuk berkata-kata. Dalam otak aku waktu tu dah tersedia jawapan untuk pesakit ini. Cuma nak ‘confirm’. Ultrasound kutarik dekat. Dalam ‘tazkarah’ atau kertas tu aku dah tulis laboratory investigation yang perlu dibuat. Kusuruh ibunya menyelak baju anak gadisnya ini ke paras dada. Besarnya buah dada gadis 15 tahun nih! Kataku dalam hati. Bukan atas dasar nafsu atau tanpa tujuan. Buah dada kuperhati kerana ingin lihat tanda-tanda tertentu yang menyokong diagnosisku. Kejap lagi aku cerita yer :-p


Tiba-tiba nurse masuk. Ujian air kencing yang dilakukan pada Fatma dah siap. Aku terdiam. bila baca. Lekas kuletakkan ultrasound pada perutnya berhampiran vagina (vaginal untrasound). Matanya memandang ceiling. Kulihat monitor yang berhampiran. Terlihat 2 poles pada skrin. Kulihat dengan teliti. Mataku membulat. Kuketam gigiku rapat. Tanganku rasa nak menumbuk meja waktu tuh. Geram bukan kepalang. SI ibu terpinga-pinga tengok aku yang tiba-tiba berubah.


Manakan daya, emosi telah menggagahi diri.
Kuucap apa-apa zikir yang terlintas di benakku. Ku pegang bahu kerusi. Kuminta ibu pada Fatma ini duduk dengan tenang walaupun hakikatnya hati aku yang tak tenang.


“MAK CIK, ANAK MAKCIK YANG 15 TAHUN INI, MENGANDUNG 7 MINGGU,”kataku monotonous.


“Eih ya doctor? Binty hamla????????Beta3 men da??????” tanya si ibu dengan nada tinggi (apa doctor?anak saya mengandung?Anak siapa ini?). Aku mengangguk cemas. Si ibu pantas bangun dari kerusi.

Lengannya yang gempal dan lebih besar dari penumbukku ditampar-tampar ke kepala anak gadisnya yang sedang duduk tak bersuara di gigi katil. Terjerit-jerit budak tu. IBunya terus menampar. Mulutnya mencarut-carut. Air mata si ibu dan anak gadisnya keluar bagai empangan pecah. Terjatuh budak itu dari katil. Lekas kulindungi gadis ini dari pukulan ibunya yang takk henti-henti. Kepalaku terhentak pada kaki katil. Sakit bukan kepalang!


“Khalas ya ummu fatma, mosh hayanfa3 betedraby bentek keda! Wa ana maly???????”bentakku marah! (sudah la tu, emak kepada fatma, tak patut ko pukul anak ko macam tu, yang ko pukul aku sekali ni kenapa?) nurse terjah masuk.Dipegang tangan dan bahu ibu yang mengamuk ini. Ibunya tak berhenti marah dan mengeji anaknya. Rawya masuk. “Fe eish?” tanyanya. “Protect this girl,”pesanku. Lantas kusuruh Fatma tadi ikut Rawya. Ibunya dipaksa duduk. Tangan masih dipegang kuat oleh jururawat-jururawat.


“Eih zanby ya rab! Eih zanby ya rab! (apa dosaku tuhanku!apa dosaku tuhanku!)kenapa kau jadikan musibah ini padaku! “esak ibu tadi. Teresak-esak ibunya di situ. Tersentuh hatiku mendengar rintihan ibu tadi. Kalau la aku di tempat ibu itu, bagaimana la rasanya. Geram bukan kepalang. Sedih tidak terbilang. Wajah tidak terpandang. Aku nasihat mak cik untuk bertenang pun tak mengubah apa, antara dengar tak dengar. Lekasku panggil Dr Mahmud yang sibuk di bilik sebelah.


“Doctor, nak buat macam mana nih?” tanyaku dalam arab. “Her daughter’s bleeding. Admit Fatma. Call police. Make a report now,”katanya tenang.


Aku masuk dalam bilik. SI ibu sudah berhenti menangis. Matanya merah. Kupanggil Abod yang sedang minum Nescafe kat bilik sebelah.


“3aez eih ya hebeby?” kata kawan Jordan ni sweetly. “Boleh tolong tulis police report tak?”pintaku. “Kau tak reti tulis ke? “tanya Abod. “Medical report is in English but police report is in Arabic,”kataku sempoi. Lepas tu mulalah dia membebel seperti biasa. Antara ayat yang aku selalu dengar “Kau ni dah 6 tahun duduk Mesir, cakap arab pasar dah macam arab Mesir dah, tapi bahasa arab fushah kau buang dalam tong sampah” .

Hahahaha Memang! Keperluan bahasa arab pasar di hospital Mesir ni menyebabkan bahasa arab formal(arab fushah) tak berkembang. Nak buat macam mana. Daripada baca surat khabar arab fushah tu, lebih baik aku habiskan buku-buku medic yang banyak gila dan fardu ain kena baca tuh. Setelah dah 6 tahun kat sini, arab pasar lagi lancar dari arab formal. HUHUHu


Kembali ke cerita tadi.


Si Fatma ini dimasukkan ke wad O&G. Aku dengan bantuan Rawya lengkapkan pemeriksaan dan segala prosedur yang perlu dibuat. Sonicaid aku cuba guna tapi tak memberi apa-apa maklumat tambahan kerana kandungan ini belum cukup 10 bulan. Sekiranya 10 bulan, yes, sonicaid is needed. Segala tanda ibu mengandung ada pada gadis yang sedang mengandung anak luar nikah ini. Buah dadanya aku periksa sebelum ini kerana ingin melihat perubahan yang tipikal pada ibu mengandung seperti pertambahan saiz, vascularity, dilated visible vein, increase pigmentation, secondary areola dan Montgomery Tubercle. Kesemuanya aku nampak. Tanda-tanda ini lebih menyerlah sekiranya kandungan ini kandungan pertama(primigravida).


2 fetal poles yang jelas kelihatan dalam ultrasound.


Setelah habis kerja lepas maghrib, terus aku balik tidur, sakit kepala terhantuk di kaki katil masih berdenyut. Geram pula pada ibu fatma yang bukan sahaja mengamuk kat anaknya, dengan doctor sekali dibedalnya! Kena banyak sabar betul dengan masyarakat arab ni. Haih~


Seminggu berlalu.
Aku betul-betul sibuk minggu lepas. Banyak benda kena buat. Hari ni kuringankan kembali kaki ke wad sakit puan yang kebetulan berhampiran dengan tempat round ku sekarang(neurology).


Kulihat fatma sedang menangis. Kakaknya sedang memeluk memujuknya. Aku naik hairan. Takkan menangis selama seminggu????????


4 orang polis sedang berada di kaunter nurse. Dr Ahmad Tayeb ada di situ. Dr Mona tengah berdiri tegak depan katil Fatma tak berbuat apa. Mukanya agak terkilan. Lekas kujalan kearahnya.


“Salam alaik, ezayyak dr Mona.” Tegurku ikhlas. Bibir Dr pakar O&G ini menjawab, namun matanya terpaku pada gadis yang sedang menangis di pelukan kakaknya. “Kenapa nih?”tegurku hairan.


Dr Mona tidak segera menjawab. Beberapa minit kemudian ditariknya lenganku ke beranda hospital. “Can u imagine, faisal, the man who made fatma became pregnant is her father! Can u belive it!” Mataku buntang. Degup jantungku kencang. Nafasku terasa sesak. Kurasakan seluruh badanku menggeletar.


“Celaka punya jantan!” itulah ayat yang silih berganti memenuhi kotak fikiranku waktu itu. Sebenarnya sebelum ini sudah 3 kali aku diagnose perempuan mengandung anak luar nikah. Ini yang keempat. Tapi yang tiga sebelum ini tak mampu membuat diriku mencoret kisahnya di sini. Cuma kes haruan makan anak ini sangat menggangu emosi sehingga memanggil diri untuk melepaskan tension di blog ini. Geramnya!!!!!!!!!!!!!!!
(aku tak mempu mengawal emosi ketika ini)


Akan disambung……………….







Sambungan(2 hari kemudian)


Langit Nampak muram.


Ketika ini kulihat Fatma sedang mengemaskan pakaian. Dia dibenarkan keluar hari ini. Setelah apa yang berlaku tempoh hari, kulihat fatma semakin matang. Hidupnya perlu diteruskan. Lebih-lebih lagi perutnya yang berisi kandungan itu. Kusut rambutnya tidak bersikat. Tiada ahli keluarga yang mengiringinya keluar.


Semalam Fatma menyatakan bahawa dia ingin menggugurkan kandungan. Remaja 15 tahun resah memikirkan masa depannya yang belum tentu takdirnya. Ibunya telah membuangnya. Ayahnya yang telah membuntingkannya sedang terperuk di dalam penjara.




“Anak ini rahmat. Dia tidak berdosa langsung. Lahirkan anak ini dengan sempurna dan bela dengan penuh kasih saying” itulah antara bibit-bibit nasihat yang kudengar dari mulut Dr Mona ketika memeriksa kandungan Fatma pagi tadi. Aku diam membisu.


Belum ada formula khusus yang aku dapat praktikkan dalam menghadapi situasi sebegini. Cakap salah tak cakap, tak cakap salah. Akhirnya aku memilih untuk diam. Biarlah mereka yang lebih berpengalaman menasihati Fatma yang masih muda dengan acuan mereka. Takut salah cakap kang, ada yang buat abortion pulak kang~


Aku geram sebenarnya kes-kes anak luar nikah macam ni. Bukan sedikit. Bersepah. Orang tak nak heboh ajer! Ada kes tahun lepas , Dr Zeyad sedang diagnosis patient. Pesakit ni datang seorang,kata bayi yang baru dilahirkan ni telah meninggal dunia ketika dalam perut. Lahir ajer dah mati. Perut wanita ini masih sakit.


Dr zeyad gegas menutup pintu bilik pemeriksaan dan terus menguncinya sedangkan kami ada dalam bilik tuh. Dia teruskan memeriksa wanita tadi manakala mayat bayi dibawa untuk autopsy oleh seorang dr forensic yang muncul dari bilik belakang. Sekali paru-paru bayi ni direndam dalam air dan terapung! Maknanya bayi ini hidup ketika dilahirkan. Ada kesan jerutan dileher bayi dengan menggunakan tali pusat. Mungkin kesan ini yang menyebabkan Dr Zeyad terus mengunci pintu. Dr Forensic dapat mengesan bekas kuku perempuan tersebut di muka dan leher bayi.


Bayi yang meninggal ini disahkan dibunuh. Dr Forensic terus menelefon polis ketika si ibu masih lagi diperiksa.


10 minit kemudian, polis tiba. Muka wanita ini berubah, sakit perutnya dilupakan dan terus melompat dari katil untuk melepaskan diri. Kami bergelut dengan si ibu di muka pintu dan akhirnya si pembunuh ini berjaya diberkas.


Perempuan ini juga lahirkan anak luar nikah dan terus membunuhnya. MANA JANTAN KEPARAT YANG BUNTINGKANNYA?????????


Lelaki ni masa bercinta semuanya baik. Beberapa kali kena tipu pun perempuan ni masih menaruh harapan supaya lelaki berubah. But at the end, nothing had happened. Jantan tetap jantan.


Ada spesies perempuan yang pantang nampak jantan handsome, tinggi, badan muscular,kaya mulalah menggedik-gedik macam beluncas. Dah mengandung anak luar nikah, perut dah besar, keluarga dah buang, ada pernah nampak lelaki ni muncul kat wad sakit perempuan dengan wanita nih? Potong jari lah kalau ada!


Adoi, susahnya nak handle emosi dalam keadaan macam ni! Banyak yang aku perlu belajar. Anak ini tidak berdosa. Yang berdosa ibu dan bapanya. Dah la berdosa, pergi gugurkan kandungan atau bunuh anak selepas lahir. Dah ada dosa besar (berzina)pergi tambah lagi dosa besar (membunuh)! Ya Allah kauselamatkan umat Muhammad!


Kuharap pengalaman yang dikongsi ini dapat membawa sahabat2 di dunia perubatan supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama kerana di saat-saat genting sebegini dakwah agama seorang doctor sememangnya mampu mengubah dunia.