Monday, March 28, 2011

.:untuk apa aku hidup:.



Mencari erti hidup.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih.

"Dalam melakukan sesuatu hal kita kena sentiasa bergantung pada Allah. Kena buat sesuatu kerana Allah. Kena usaha kuat dan tawakal pada Allah. Kena ikhlas sayang orang kerana Allah." Ayat yang seringkali didengar sejak mula bersekolah rendah lagi. Hingga sekarang ayat itu masih lagi diguna pakai dalam ceramah-ceramah mahupun usrah.

"Hmm.."fikiranku terhenti. Memikirkan maksud ayat diatas. Pada mulanya seakan-akan bosan dengan ayat tersebut lebih-lebih lagi bila diulang banyak kali di mana-mana tempat pengajian. "kerana Allah....kerana Allah...kerana Allah..."cuba menampal ayat itu di dalam hati walaupun masih meragui bagaimana cara melakukannya.

Di dewan peperiksaan..
"hana! good luck! apa-apa pun tawakal ye.."kawanku memberi semangat.
"hmm...tawakal..."hatiku sekali lagi menghafal ayat itu.

Di dalam usrah..
"sesungguhnya fitrah manusia itu saling menyukai lelaki mahupun perempuan. Bersyukurlah kita bila dianugerahkan perasaan menyukai seseorang. Tapi jangan di layan perasaan itu sebelum halal. Cukuplah Allah bagi kita, Dia sebaik-baik pelindung. Usaha, doa dan tawakal moga ditemukan dengan jodoh yang baik."pesan naqibah ku.
"hmm..tawakal..."diulang lagi ayat yang sama.

Di dalam bengkel motivasi..
"Ingat ye adik-adik semua, bila kita belajar kita kena belajar sebab Allah! Jangan belajar sebab exam!!"bentak pakar motivasi
"err...kalau tak belajar sebab exam, buat apa adakan exam??"hatiku mula melawan.

Di dalam rumah..
"Nanti bila dah besar macam-macam dugaan Allah akan duga kita. Tak kira lah dari segi kerjaya, rumah tangga, anak-anak. Yang penting kena ikhlas dalam buat sesuatu kerana Allah."pesan Ma.
"kerana Allah...hmm..."tunduk erti faham pesan Ma. Walaupun hati masih mencari erti sebenar.

"hmm..wahai Tuhan ku yang maha mendengar, apa maksud melakukan sesuatu kerana Kau ya Allah. Adakah sekadar menghafal ayat itu? macam mana nak belajar bukan sebab exam?? macam mana nak sayang orang sebab Kau?? macam mana nak ikhlas buat sesuatu sebab Kau?? macam mana aku nak sentiasa ingat Kau dalam setiap urusan ku??bagaimana cara aku mengingati Kau dalam keadaan makan, tidur, belajar, kerja, berjalan, berumah tangga suatu hari nanti??..."hatiku bersuara. Riak wajah mula menampakkan resah. Air mata mula membasahi pipi. Mencari makna di sebalik ayat itu.

Mengemaskan kembali fikiran yang kusut.

"kenapa nak kena buat sesuatu sebab Allah?" soalan itu diulang berkali-kali. Sambil menyelak tafsir al-Quran.

"Mahasuci Allah yang MENGUASAI (segala) kerajaan.Dan Dia maha kuasa atas SEGALA SESUATU. Yang menCIPTAKAN mati dan hidup..." (al-mulk:1-2)

"katakan lah (Muhammad), Dia lah Allah yang maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak beranak dan tidak pula diperanakan. Tiada yang SETANDING denganNya." (al-ikhlas:1-4)

"Dan Tuhan mu berfirman, 'berdoalah pada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan HINA DINA." (al-Ghafir:60)


Sambil mengesat air mata di pipi. Persoalan tadi mula bertemu jawapan.

"kenapa kena buat setiap perkara kerana Allah??.. sebab Dia yang menciptakan aku! DIa yang kurniakan setiap nikmat bagi ku. Kerana Dia Tuhan ku! Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tak terkira setiap nikmat yang DIa bagi aku. Seluruh anggota badan ku, makan minum ku, keluarga, sahabat-sahabat dan macam-macam lagi SEMUA NYA MILIK DIA.. Tuhan ku..

"kenapa kena bergantung pada DIa??.. sebab Dia maha Kuat. Maha Mengetahui. Tak kira lah bijak mana pun manusia nih tapi masih tak mampu melawan DIa.

"...Jika kamu meminta tolong, mintalah tolong pada Allah. Ketahuilah, seandainya semua umat berkumpul utk memberikan kepadamu suatu keuntungan, maka perkara itu tidak akan kamu perolehi selain dari apa yang sudah DITETAPKAN oleh Allah kepadamu..." (HR:Tirmizi)

"kenapa kena tawakal??...sebab sesungguhNya segala sesuatu milik Allah. Dan DIa lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Tawakal hendaklah bermula sebelum berhajat pada sesuatu juga selepas berusaha. Tawakal lebih kepada kebergantungan kita pada yang Hak (Allah), dalam erti kata lain, kita redha DIa sebagai tuhan kita dan mengaku Dia yang Maha Kuat.. Sebagaimana pesanNya.

"dan sebutlah (dengan lidah & hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus), serta tumpukanlah (amal ibadahmu) kepadaNya dengan sebulat tumpuan. Dia yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan DIa. Maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu." (muzammil:8-9)

"kenapa kena buat sesuatu ikhlas kerana Allah?..sebab memang hati manusia ini mudah lemah pada hawa nafsu. Jika kita buat sesuatu sebab perkara itu maka kita tak akan rasa puas bila kita perolehnya. Sebagai contoh, bila kita belajar sebab exam semata-mata bila kita peroleh result, kita takkan pernah rasa puas dan hati mula rasa tidak bersyukur. Tapi jadikanlah exam itu sebagai alat yang mendekatkan hati kita pada ALlah. Kita perlu berusaha untuk buat yang terbaik kerana menuntut ilmu itu kewajipan bagi umat Islam. Dan ingat lah Allah menyayangi hambanya yang kuat dari yang lemah. Jika kita hanya belajar ala kadar, macam mana masa depan umat Islam?? Dah habis semua yahudi dan kristian monopoli ilmu, mana nak campak umat Islam??

Sesungguhnya kejayaan itu bukan destinasi sebaliknya SEBUAH PERJALANAN. Kita berjaya lawan hawa nafsu yang sibuk mencari cinta dunia dengan lebih banyak menuntut ilmu Allah. Berjaya tuh tidak semestinya kena dapat result yang baik-baik je. Kita kena berjaya menjaga solat, perbuatan, nafsu. Insyallah kejayaan kita didalam exam diikuti kejayaan kita menjadi hamba Dia yang baik. Kadang-kadang kita terlalu sibuk belajar sampai jadikan perintah Dia (solat) sebagai nombor 2. Sedangkan hampir 5 kali sehari azan berkumandang. "ha'ya ala' solah..(marilah bersolat)" diikuti pula "ha'ya a'la falah..(marilah menuju kejayaan). 5 kali sehari solat itu diajak dulu baru diikuti kejayaan. Sebagaimana firmanNya.

"sungguh manusia itu diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan(harta) dia pula kikir. Kecuali orang yang melaksanakan solat. Mereka yang TETAP SETIA melaksanakan solat.." (al-maarij:19-23) Janji Allah. Kecuali orang yang TETAP SETIA melaksanakan solat.

Baca sahaja mana-mana surah pasti Allah akan menyatakan, bahawa sesungguhnya solat itu yang membentuk peribadi seorang muslim itu. Seperti mana surah Al-Mu'minun. "Sungguh berjaya orang yang beriman itu. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat..." diikuti beberapa sifat lain. Sungguh berat solat itu bagi orang yang betul-betul beriman.

"huu..alhamdulillah.."mula melepaskan nafas lega. Segala persoalan sudah terjawab. Cuma memerlukan kekuatan untuk sentiasa ingat pesanNya. Memerlukan kekuatan untuk melawan hawa nafsu. memerlukan kekuatan untuk mencari cinta DIa dan bukan cinta manusia semata. Sesungguhnya melarikan diri dari maksiat itu memerlukan jihad yang tinggi. Moga mati ku adalah ketika berjihad memerangi hawa nafsu ku. Dan moga Kau redhai aku. Sungguhnya aku bukan lah yang sempurna wahai Tuhan ku. Kau lebih tahu betapa hipokrot nya aku..hanya pada mu aku mohon perlindungan. Lindungi hati ku dari maksiat dan fitnah dunia. Serta lindungi diri ku dari menjadi fitnah bagi orang lain..

Wednesday, March 2, 2011

.:M.E.S.I.R:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani

"assalamualaikum. Hana, ada dapat berita pasal darurat tu tak??"seorang sahabat menghubungi ku di malam hari. "Darurat??"soalan dijawab dengan soalan pula. "Persatuan Perubatan ada bagi peringatan bertulis untuk pelajar Malaysia. Yelah, kan hari tuh ada riot kat Cairo. Dorang tak bagi kita semua keluar mula dari pukul 6 petang dan..."

"hmm..macam mana nak kol Ma Abah ni. Internet tak dapat. Hantar mesej pon tak sampai..."detus hatiku.

28 Januari 2011 tercatat sejarah apabila bermulanya rusuhan besar-besaran oleh rakyat Mesir ke atas pemimpin mereka Hosni Mubarak. Setelah hampir 18 hari rusuhan berlaku, akhirnya Presiden mereka di jatuhkan oleh facebook! Facebook?? Ya. Jika Raja Namrud di kalahkan oleh seekor nyamuk, jika tentera Abrahah dikalahkan oleh sekumpulan burung, dan jika Firaun ditenggelami laut merah. Diktator alaf baru ini digulingkan oleh kecanggihan social network facebook! Sungguh banyak sejarah tentang pemerintahan korup presiden ini. Enggan mengulas persamaan mahupun perbezaan pemimpin ini dengan mana-mana pemimpin, cukuplah sekadar berkongsi pengalaman ketika di Mesir.

2-3 hari selepas rusuhan bermula, talian komunikasi disekat di Mesir. Baik talian telefon mahupun internet sama sekali tidak boleh berfungsi. Kerete-kereta kebal di mana-mana sahaja. Saya dan housemate terbengkalai (perkataan betul??) di rumah. Kami mula keluar mencari bekalan makanan ketika perintah berkurung dilaksanakan. Membeli begitu banyak makanan ringan. huhu. Akhirnya kami mendapat panggilan untuk di evakuasi kan ke Malaysia. Mula bersiap mengemas untuk ke dikumpulkan di Alexandria.

"nanti macam mana kita naik flight Charlie ek? takde kerusi.." "haha..takpe pengalaman2..best2.." sempat pula berborak.

(5feb) Dari Mansurah ke Alexandria dalam pukul 12 tgh malam bertolak dan sampai dalam pukul 4pagi. 2 hari kemudiannya baru kami dipindahkan ke Pusat Tabung Haji Malaysia di Jeddah. Dan dari Jeddah menaiki Oman Air ke Malaysia dengan transit 2 jam di Muscat, Oman. Alhamdulillah kami tiba ke Malaysia pada 9 Feb. Perjalanan yang memakan masa hampir 4 hari mengajar kami erti bermusafir. huhu. Bukan tidak pernah bermusafir, tapi musafir yang ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana tak nya, dengan suhu panas dan kesesakan di Jeddah hanya Allah yang tahu. Nak tak nak kena bersabar juga. Takut kalau terlepas cakap mengundang keburukan di tanah suci Allah itu. Tak banyak yang mampu di kongsi. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Wallahualam

polis berjaga di setiap tempat

Get out Mubarak!


demontrasi secara aman di Alexandria



kereta terbakar ketika rusuhan