Friday, April 8, 2011

~mari memasak!!~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

"krook~~krook~"perut mula menyanyi-nyanyi. "haih~lambat nya nak pukul 4. Ahh~ngantuk dah ni. Nak masak!!". Mula menunggu waktu masak setelah tersengguk-sengguk depan buku.

"kak Hana!! Cepat lah balik!".YM ku di sapa(betul ke ayat ni??). "Wah!! Semua rindu akak ke??"balasku di YM. "Eh, Tak la! Semua tunggu akak balik untuk masak!" "Ceh..."sambil buat muka macam ini. (~.^) hehe.

"Jom buat kek nak??"
ajak ku. "Err..kita mana ada oven la."jawab rumet. "Alah..pandai2 la. hoho."

Memasak mula menjadi hobi saya setelah tinggal berbatu-batu, berlaut-laut jauh nya dari keluarga. MyResepi.com menjadi teman setia. Hehe. Biasalah. Belum pakar lagi. Mula-mula memasak nih hanya sebagai tugas. Setiap hari pasti akan ada turn memasak untuk setiap ahli rumah. Lama-lama jadi best pula masak. Terutamanya bila buat resepi-resepi yang memang takkan ada di perantauan nih. Bila tension study, mula lah berangan pasal makanan di Malaysia. Huhu. Cuma sekarang hobi ini sudah menjadi satu masalah besar buat saya! ARgh~~ Setiap kali study mesti tak sabar-sabar nak habis cepat. Nak masuk dapur, pakai apron, then masak!!

"Beta-blockers for hypertension will be....high cholestrol risk those heart failure patient...L-glutamyl-gama-semialdehye convert to...nasi ayam kalau masak best jugak..Omenzoprazole..Iansoprazole..eh tak nak lah nasi ayam. Leceh! hmm...sup ikan??..aspartic acid will give..HMG-CoA...tomyam.."hati mula bercampur gaul.huhu. Menu masakan mula terselit-selit di tengah hafalan.

"owh..baru faham..patut la lelaki diberi tanggungjawab utama mencari nafkah. Kalau lelaki duk fikir nak basuh kain bila, nak masak apa, balik nanti nak kemas rumah...kompem kena fired next week! haha". Subhanallah. Kira hebat betul ibu-ibu yang bekerja diluar sana. Moga Allah balas keletihan mereka diakhirat nanti. "Terima kasih Ma!"hatiku terdetik.

Dah2 sebelum cecair mula memenuhi kelopak mata. Jom tengok gambar! Err..saya tak pakar lagi memasak ye. So, just nak share hobi~~ (^.^)





oreo cheesecake~~







(tak tahu lah nape pic nih bersambung...bose~) p/s: sebenarnya nak upload byk gambar lagi..tapi boleh kena hypertension dengan blog nih.Buat lain jadi lain..=(

Monday, March 28, 2011

.:untuk apa aku hidup:.



Mencari erti hidup.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih.

"Dalam melakukan sesuatu hal kita kena sentiasa bergantung pada Allah. Kena buat sesuatu kerana Allah. Kena usaha kuat dan tawakal pada Allah. Kena ikhlas sayang orang kerana Allah." Ayat yang seringkali didengar sejak mula bersekolah rendah lagi. Hingga sekarang ayat itu masih lagi diguna pakai dalam ceramah-ceramah mahupun usrah.

"Hmm.."fikiranku terhenti. Memikirkan maksud ayat diatas. Pada mulanya seakan-akan bosan dengan ayat tersebut lebih-lebih lagi bila diulang banyak kali di mana-mana tempat pengajian. "kerana Allah....kerana Allah...kerana Allah..."cuba menampal ayat itu di dalam hati walaupun masih meragui bagaimana cara melakukannya.

Di dewan peperiksaan..
"hana! good luck! apa-apa pun tawakal ye.."kawanku memberi semangat.
"hmm...tawakal..."hatiku sekali lagi menghafal ayat itu.

Di dalam usrah..
"sesungguhnya fitrah manusia itu saling menyukai lelaki mahupun perempuan. Bersyukurlah kita bila dianugerahkan perasaan menyukai seseorang. Tapi jangan di layan perasaan itu sebelum halal. Cukuplah Allah bagi kita, Dia sebaik-baik pelindung. Usaha, doa dan tawakal moga ditemukan dengan jodoh yang baik."pesan naqibah ku.
"hmm..tawakal..."diulang lagi ayat yang sama.

Di dalam bengkel motivasi..
"Ingat ye adik-adik semua, bila kita belajar kita kena belajar sebab Allah! Jangan belajar sebab exam!!"bentak pakar motivasi
"err...kalau tak belajar sebab exam, buat apa adakan exam??"hatiku mula melawan.

Di dalam rumah..
"Nanti bila dah besar macam-macam dugaan Allah akan duga kita. Tak kira lah dari segi kerjaya, rumah tangga, anak-anak. Yang penting kena ikhlas dalam buat sesuatu kerana Allah."pesan Ma.
"kerana Allah...hmm..."tunduk erti faham pesan Ma. Walaupun hati masih mencari erti sebenar.

"hmm..wahai Tuhan ku yang maha mendengar, apa maksud melakukan sesuatu kerana Kau ya Allah. Adakah sekadar menghafal ayat itu? macam mana nak belajar bukan sebab exam?? macam mana nak sayang orang sebab Kau?? macam mana nak ikhlas buat sesuatu sebab Kau?? macam mana aku nak sentiasa ingat Kau dalam setiap urusan ku??bagaimana cara aku mengingati Kau dalam keadaan makan, tidur, belajar, kerja, berjalan, berumah tangga suatu hari nanti??..."hatiku bersuara. Riak wajah mula menampakkan resah. Air mata mula membasahi pipi. Mencari makna di sebalik ayat itu.

Mengemaskan kembali fikiran yang kusut.

"kenapa nak kena buat sesuatu sebab Allah?" soalan itu diulang berkali-kali. Sambil menyelak tafsir al-Quran.

"Mahasuci Allah yang MENGUASAI (segala) kerajaan.Dan Dia maha kuasa atas SEGALA SESUATU. Yang menCIPTAKAN mati dan hidup..." (al-mulk:1-2)

"katakan lah (Muhammad), Dia lah Allah yang maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak beranak dan tidak pula diperanakan. Tiada yang SETANDING denganNya." (al-ikhlas:1-4)

"Dan Tuhan mu berfirman, 'berdoalah pada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan HINA DINA." (al-Ghafir:60)


Sambil mengesat air mata di pipi. Persoalan tadi mula bertemu jawapan.

"kenapa kena buat setiap perkara kerana Allah??.. sebab Dia yang menciptakan aku! DIa yang kurniakan setiap nikmat bagi ku. Kerana Dia Tuhan ku! Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tak terkira setiap nikmat yang DIa bagi aku. Seluruh anggota badan ku, makan minum ku, keluarga, sahabat-sahabat dan macam-macam lagi SEMUA NYA MILIK DIA.. Tuhan ku..

"kenapa kena bergantung pada DIa??.. sebab Dia maha Kuat. Maha Mengetahui. Tak kira lah bijak mana pun manusia nih tapi masih tak mampu melawan DIa.

"...Jika kamu meminta tolong, mintalah tolong pada Allah. Ketahuilah, seandainya semua umat berkumpul utk memberikan kepadamu suatu keuntungan, maka perkara itu tidak akan kamu perolehi selain dari apa yang sudah DITETAPKAN oleh Allah kepadamu..." (HR:Tirmizi)

"kenapa kena tawakal??...sebab sesungguhNya segala sesuatu milik Allah. Dan DIa lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Tawakal hendaklah bermula sebelum berhajat pada sesuatu juga selepas berusaha. Tawakal lebih kepada kebergantungan kita pada yang Hak (Allah), dalam erti kata lain, kita redha DIa sebagai tuhan kita dan mengaku Dia yang Maha Kuat.. Sebagaimana pesanNya.

"dan sebutlah (dengan lidah & hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus), serta tumpukanlah (amal ibadahmu) kepadaNya dengan sebulat tumpuan. Dia yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan DIa. Maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu." (muzammil:8-9)

"kenapa kena buat sesuatu ikhlas kerana Allah?..sebab memang hati manusia ini mudah lemah pada hawa nafsu. Jika kita buat sesuatu sebab perkara itu maka kita tak akan rasa puas bila kita perolehnya. Sebagai contoh, bila kita belajar sebab exam semata-mata bila kita peroleh result, kita takkan pernah rasa puas dan hati mula rasa tidak bersyukur. Tapi jadikanlah exam itu sebagai alat yang mendekatkan hati kita pada ALlah. Kita perlu berusaha untuk buat yang terbaik kerana menuntut ilmu itu kewajipan bagi umat Islam. Dan ingat lah Allah menyayangi hambanya yang kuat dari yang lemah. Jika kita hanya belajar ala kadar, macam mana masa depan umat Islam?? Dah habis semua yahudi dan kristian monopoli ilmu, mana nak campak umat Islam??

Sesungguhnya kejayaan itu bukan destinasi sebaliknya SEBUAH PERJALANAN. Kita berjaya lawan hawa nafsu yang sibuk mencari cinta dunia dengan lebih banyak menuntut ilmu Allah. Berjaya tuh tidak semestinya kena dapat result yang baik-baik je. Kita kena berjaya menjaga solat, perbuatan, nafsu. Insyallah kejayaan kita didalam exam diikuti kejayaan kita menjadi hamba Dia yang baik. Kadang-kadang kita terlalu sibuk belajar sampai jadikan perintah Dia (solat) sebagai nombor 2. Sedangkan hampir 5 kali sehari azan berkumandang. "ha'ya ala' solah..(marilah bersolat)" diikuti pula "ha'ya a'la falah..(marilah menuju kejayaan). 5 kali sehari solat itu diajak dulu baru diikuti kejayaan. Sebagaimana firmanNya.

"sungguh manusia itu diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan(harta) dia pula kikir. Kecuali orang yang melaksanakan solat. Mereka yang TETAP SETIA melaksanakan solat.." (al-maarij:19-23) Janji Allah. Kecuali orang yang TETAP SETIA melaksanakan solat.

Baca sahaja mana-mana surah pasti Allah akan menyatakan, bahawa sesungguhnya solat itu yang membentuk peribadi seorang muslim itu. Seperti mana surah Al-Mu'minun. "Sungguh berjaya orang yang beriman itu. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat..." diikuti beberapa sifat lain. Sungguh berat solat itu bagi orang yang betul-betul beriman.

"huu..alhamdulillah.."mula melepaskan nafas lega. Segala persoalan sudah terjawab. Cuma memerlukan kekuatan untuk sentiasa ingat pesanNya. Memerlukan kekuatan untuk melawan hawa nafsu. memerlukan kekuatan untuk mencari cinta DIa dan bukan cinta manusia semata. Sesungguhnya melarikan diri dari maksiat itu memerlukan jihad yang tinggi. Moga mati ku adalah ketika berjihad memerangi hawa nafsu ku. Dan moga Kau redhai aku. Sungguhnya aku bukan lah yang sempurna wahai Tuhan ku. Kau lebih tahu betapa hipokrot nya aku..hanya pada mu aku mohon perlindungan. Lindungi hati ku dari maksiat dan fitnah dunia. Serta lindungi diri ku dari menjadi fitnah bagi orang lain..

Wednesday, March 2, 2011

.:M.E.S.I.R:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani

"assalamualaikum. Hana, ada dapat berita pasal darurat tu tak??"seorang sahabat menghubungi ku di malam hari. "Darurat??"soalan dijawab dengan soalan pula. "Persatuan Perubatan ada bagi peringatan bertulis untuk pelajar Malaysia. Yelah, kan hari tuh ada riot kat Cairo. Dorang tak bagi kita semua keluar mula dari pukul 6 petang dan..."

"hmm..macam mana nak kol Ma Abah ni. Internet tak dapat. Hantar mesej pon tak sampai..."detus hatiku.

28 Januari 2011 tercatat sejarah apabila bermulanya rusuhan besar-besaran oleh rakyat Mesir ke atas pemimpin mereka Hosni Mubarak. Setelah hampir 18 hari rusuhan berlaku, akhirnya Presiden mereka di jatuhkan oleh facebook! Facebook?? Ya. Jika Raja Namrud di kalahkan oleh seekor nyamuk, jika tentera Abrahah dikalahkan oleh sekumpulan burung, dan jika Firaun ditenggelami laut merah. Diktator alaf baru ini digulingkan oleh kecanggihan social network facebook! Sungguh banyak sejarah tentang pemerintahan korup presiden ini. Enggan mengulas persamaan mahupun perbezaan pemimpin ini dengan mana-mana pemimpin, cukuplah sekadar berkongsi pengalaman ketika di Mesir.

2-3 hari selepas rusuhan bermula, talian komunikasi disekat di Mesir. Baik talian telefon mahupun internet sama sekali tidak boleh berfungsi. Kerete-kereta kebal di mana-mana sahaja. Saya dan housemate terbengkalai (perkataan betul??) di rumah. Kami mula keluar mencari bekalan makanan ketika perintah berkurung dilaksanakan. Membeli begitu banyak makanan ringan. huhu. Akhirnya kami mendapat panggilan untuk di evakuasi kan ke Malaysia. Mula bersiap mengemas untuk ke dikumpulkan di Alexandria.

"nanti macam mana kita naik flight Charlie ek? takde kerusi.." "haha..takpe pengalaman2..best2.." sempat pula berborak.

(5feb) Dari Mansurah ke Alexandria dalam pukul 12 tgh malam bertolak dan sampai dalam pukul 4pagi. 2 hari kemudiannya baru kami dipindahkan ke Pusat Tabung Haji Malaysia di Jeddah. Dan dari Jeddah menaiki Oman Air ke Malaysia dengan transit 2 jam di Muscat, Oman. Alhamdulillah kami tiba ke Malaysia pada 9 Feb. Perjalanan yang memakan masa hampir 4 hari mengajar kami erti bermusafir. huhu. Bukan tidak pernah bermusafir, tapi musafir yang ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana tak nya, dengan suhu panas dan kesesakan di Jeddah hanya Allah yang tahu. Nak tak nak kena bersabar juga. Takut kalau terlepas cakap mengundang keburukan di tanah suci Allah itu. Tak banyak yang mampu di kongsi. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Wallahualam

polis berjaga di setiap tempat

Get out Mubarak!


demontrasi secara aman di Alexandria



kereta terbakar ketika rusuhan

Monday, January 3, 2011

.:aku akan mati..:.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani

"kullu nafsin fa ikotul maut..(setiap yg bernyawa maka akan mati)"ku terdengar ayat ini yang di ulang 2 kali oleh imam masjid di depan rumah. Wajah mula berubah mendatangkan resah di hati. Janji oleh Pencipta ku..


"tiada suatu umat pun yang dapat menyegerakan ajalnya, dan tidak pula menangguhkannya."
(Al-Mu'minun : 43)

Argh~ Kekusutan kian terserlah. Suatu yang PASTI buat ku dan yang lain. MATI. Allah..Mula mengelamun.

"asyik duk fikir pasal belajar, exam, kerja..tapi jarang pula terfikir yang satu ni. MATI. Padahal yang satu nih memang BETUL-BETUL akan BERLAKU. Kerja..belum tentu lagi dapat jadi doktor..exam..belum tentu lagi dapat ambil exam. Jodoh??Ha..yang ni memang belum tentu lagi ada. Hmm.."dengus hati ku.

Ketika diri dilanda kesibukan, baru-baru ini dengan izin Nya dapat juga melaksanakan program LIFE yang dianjurkan Unit Pembanggunan Insan Perubatan Cawangan Mansurah. Ketika program berlangsung terdengar pula lagu yang cukup mengoncang kan jantung dan segala organ2 dalaman..

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

"wahai Tuhan ku..Yang Menciptakan, Yang Maha Melihat, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Mengetahui....Yang Menjanjikan KEMATIAN bagi setiap yang hidup...aku akan mati dengan izin Mu..maka aku merayu kasih dan rahmat Mu..MATIKAN AKU dalam beriman pada Mu..memang aku tak layak ke syurga Mu..namun jauhkan aku dari neraka Mu..."

p/s: hipokrit sungguh diri ini. Bila dalam kesempitan baru teringat kan Dia yang menciptakan..

Sunday, January 2, 2011

.:Matikan mereka..dalam husnul khatimah:.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih



"Ma. Petang nih Ma ada mesyuarat ke?" "Aah, nanti balik sekolah makan nasi. Ma dah masak lauk bawah saji nuh.""Ala..."
"Ma, buat pizza tau!"

"Abah, nanti beli hadiah eh nak bagi ke cikgu. Hari Guru lusa nih."

"Yeay! Abah beli basikal!"

"Yea yea! Abah balik!"
Argh~ Limbic System ku bekerja pula di pagi hari. Sedikit demi sedikit memori ku tersingkap. Baru lepas telefon Ma Abah di rumah. Pagi-pagi lagi emosi sudah mula ter'increase'. Owh..biasalah perempuan. Salah satu fitrah yang Dia bagi. Emosi. Alhamdulillah. Sempurna sungguh ciptaanNya. Emosi untuk perempuan dan logik untuk lelaki. Eh bukan topik ni yang ingin di kongsi. Tapi yang ini..






"Eh kenapa suara serak je ni. Demam ke?"Ma menjawab panggilan ku dengan soalan pula. Hampir setiap kali menghubunginya soalan juga yang dia tanya. "Dah makan? Ada duit lagi? Adik jangan risau insyallah ada rezeki nanti ada la." Soalan ditanya berulang kali setiap kali menghubunginya. Seringkali merisaukan ku. Walaupun sepatutnya saya yang risaukannya. Mana tak nya, jadualnya seringkali berubah. Kesibukkannya melebihi mereka yang bekerja.

"Ma pergi mana hari ni?"tanyaku.

"Ma dekat KL dengan Abah. Ada urusan sikit." (sudah tentu urusan ku yang hampir setiap tahun menjadi urusan mereka..)
"Ma duduk dengan angah nih. Jaga baby Zara. Nanti bila mak ayah kak izah datang baru Ma balik rumah."
"Ma nak duduk KL seminggu dua ni. Nak tengok Adam sekolah macam mana"
"Ma dan Abah nak bawak TV, tikar untuk Kak Nida. Dia baru pindah rumah kan."

"Ma nak kemas rumah KL untuk orang masuk sewa."

"Abah dekat Seremban ni. Ada kerja sikit."

"Abah nak jemput adik petang nanti. Kena pergi Segamat nanti."

Urusan mereka yang sejak kami lahir lagi. Tapi tak pernah pula mereka merungut. Kesana sini untuk anak-anak. Walaupun jika di lihat, usia mereka sepatutnya berehat dirumah.


"Kereta Abah rosok satni masa nok balik Tampin dari KL." "Abah awak la. Kereta gedio la sokmo rosok." "huhu.."tersenyum ku dengan air mata.






Sejak kami adik beradik kecil lagi telah diasuh dengan baik. Alhamdulillah. Tapi sayangnya susah betul mulut untuk mengucapkan terima kasih pada mereka. Bukan tidak berterima kasih cuma segan dan malu untuk beritahu mereka. Ya. Saya tahu. Abang-abang dan kakak-kakak serta adik ku memang tahu pengorbanan mereka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Baru tahu rasa susah nya memiliki anak-anak. Cuma sekadar mengingatkan diri dan yang lain untuk selongkar balik apa salah kita pada mereka.

Bak kata Ustaz Hasrizal, bila semua kerja tidak menjadi. Bila hati mula rasa tidak tenang. Kembali balik pada yang asal. Yang melahirkan kita. Yang bersusah payah mencari nafkah untuk kita. Yang mengandungkan kita 9 bulan lamanya. Yang tidak pernah merungut atau meminta balik balasan. Ya mereka....Ma Abah...

"Argh~ Perlu ke nak nangis pagi-pagi buta nih."rungut ku dalam hati bila mata sudah merah. Berair..Tatkala menaip post ini.
Kembali kepada mereka. Hubungi mereka. Minta maaf pada mereka. Ucap terima kasih pada mereka. Buang semua sifat malu untuk ucap pada mereka. Lupa kan sifat malu tuh seketika seperti mana mereka lupakan malu mereka tatkala ke sana sini bersusah payah untuk anak-anak mahupun cucu-cucu. Tidak pernah rasa malu turun naik pejabat untuk urusan pinjaman wang belajar kita dulu. Tidak pernah rasa malu pinjam duit sana sini untuk kita. Tidak pernah rasa malu berada di Hospital lama nya bila terlalu risau kan dan sayang kan anak nya (buat kakak ku...) bila anaknya berada di kondisi yang kurang stabil.

Biarlah air mata kita semua mengalir bila ucap terima kasih atau minta maaf pada mereka. Moga air mata kita menghapuskan dosa, kedegilan, kenakalan kita pada mereka. Jangan biarkan hari raya menjadi satu-satunya hari dalam 365 hari setahun. Macam mana kalau kita tidak sempat?? Hampir setiap hari malaikat maut menjenguk kita. Macam mana kalau mereka pergi dulu ketika terlalu sibuk ke sana sini untuk kita?? Menjaga kita dan cucu-cucu kesayangan mereka. Jangan biarkan air mata kekesalan kita mengalir dengan deras nya bila mereka sudah tiada disisi kita. Bukan mendoakan tapi memang suatu yang pasti kerana sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti AKAN MATI..

"Ma akk nak minta maaf. Baru-baru ni setiap kali study rasa susah sangat nak faham. Susah sangat nak fokus. Bila fikir balik. Ni mesti sebab ada benda yang salah akk buat."kata ku bila menghubunginya. "Ma jaga kesihatan baik-baik. Sepatutnya Ma dah boleh duduk rumah dengan tenang bila anak-anak semua dah besar. Tapi Ma dengan Abah selalu ulang alik nak tengok anak-anak"ujar ku dengan nafas yang tersekat-sekat tahan menangis. "Abah terima kasih eh sebab susah-susah buatkan urusan akak."
Dan jawapan mereka tatkala kata-kata ku disampaikan ketika mengubungi mereka.
"Takpe la. Adik jangan risau. Ma pun kalau duduk rumah je bosan juga. Tiada apa nak buat. Sekali-sekala pergi tengok anak-anak." "Jangan risau Abah cuba buat yang terbaik untuk anak-anak abah." "Selagi kudrat Allah bagi, selagi tu Ma kena jaga anak-anak."jawab Ma dengan suara yang sedikit berubah. Sebak barangkali..

Sudah 2 kali Ma menangis ketika mendapat panggilan ku dari jauh. Tapi tangisan yang tak di dengar kerana cuba menahan. Hanya suara Ma dan nafasnya yang sesekali tersekat-sekat kerana menahan menangis.

Buat abang-abang ku, kakak-kakak ku dan adik ku. Hubungi mereka bila anda rindu kan mereka. Biar lah air mata mengalir. Buang sifat malu sejauh-jauhnya. Jangan lepaskan peluang yang masih ada.

Pernah sering kali terfikir bila keletihan menghantui ku. Apabila amanah cuba dilaksanakan. Seringkali kalah pada kelemahan diri. Rungutan bertambah bila kepenatan hadir.

"Ya Allah. Letihnya. Tak sempat nak kemas rumah hari ni." "Ala..kena masak pulak malam ni. Kejap lagi ada meeting ni." "Argh~Banyak nye nak kena study!" "Serabutnya.."

Kadang-kadang terdetik..

"Macam mana Ma Abah jaga anak 6 orang sekali. Balik-balik kerja kena masak. Kena layan kerenah anak-anak. Mampu ke aku nanti? Bila kesempitan masa dan kerja yang bertimbun. Doktor pula..Allah..tolong Ya Allah.."rayu ku padaNya. Mata berulang kali di hujani air mata.

"Ya Allah..Tuhan ku. Yang menciptakan aku. Yang menciptakan kedua ibu bapa ku. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kerana kurniakan aku kedua ibu bapa yang penyayang yang bertanggungjawab. Di kala ada hamba Mu yang kekurangan kasih ibu mahupun bapa. Kau yang Mulia, dengan Rahmat dan Kasih sayang Mu pada ku. Kau kurniakan aku ibu bapa yang terbaik bagi ku. Seperti mana janji Mu. Setiap yang hidup pasti akan MATI. MATIKAN lah mereka dengan beriman padaMu. Berkati segala usaha mereka mendidik, memberi nafkah dan sebagainya. Cukup Engkau buat mereka, Kau SEBAIK-BAIK pemberi balasan. Tolong Ya Allah...tempatkan mereka di tempat yang Kau redhai...."

Moga dipermudahkan urusan buat kedua ibu bapaku. Buat abang-abang, kakak-kakak ku, adik ku dan sahabat-sahabat yang meniti usia yang semakin singkat ini. Kembali padaNya yang hampir 5 kali sehari memanggil kita sebelum terlambat. Hitung kembali nikmat yang Dia berikan..
Dan Dia lagi tahu..