Wednesday, July 28, 2010

.:saya sayang anda:.




"Ello mak andak! Mak Andak wat ape nih? Bila nak balik? Abang rindu la kat mak andak.."
"Mak Andak, jap eh adik panggil We eh..We (pelat klate dari perkataan wan), mak andak talipon ni!"
"Ha..ma duk tunggu adik talipon satni. Pahtu ma turunla gi kait rambutan. Adam pun ikut skali nok wi ko tok lah.."
"Buncit! wat ape? adik sje je miskol akk. Cepat la balik."
"Nett ~(panggilan saya oleh kakak saya) kamu wat ape tu?? Akk duk main ngn oda dan odi nih.."
"Na~~ bila kamu balik ni? akk nak amek cuti ni. Nanti bleh kita cuti skali deh."
Dialog-diolog yang sering kali buat hati saya bergoncang.

Menambahkan lagi sakit rumah (homesick) saya. Allah..Buat mereka yang menanti kepulangan saya pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang, bersabarlah..Insyallah saya akan pulang juga suatu hari nanti. Jika kita ditakdirkan tidak bertemu lagi, moga kita mengharapkan pertemuan di Syurga kelak. Ya, Syurga kelak. Sungguhpun kita tidak layak ke syurgaNya, usahalah sebaik mungkin moga kita dihindari dari nerakaNya.
Saya masih ingat suatu masa dahulu..
"Ni doh maye ke blum neh? Baso budok gapo neh duk tengok tv waktu gharib. Gi maye nuh!". Ma keluar dari bilik berkain telekung memarahi saya dan adik saya yang asyik melayan cerita korea. Kami segera menutup tv. Dengan muka yang kelat(kurang pasti betul ke tidak perkataan nih) kami segera ke tandas mengambil wudhuk untuk mengerjakan 'solat segera' (bukan mi je segera).
"Zuleika! (bukan nama sebenar..haha) Cepatla terbalikkan motor (jenama pasola) ni! Nanti ma balik kang". Saya menyuruh adik menjatuhkan motor untuk mengeluarkan air dari tempat isi minyak motor setelah kami memasukan air kedalamnya secara berjemaah (haha).
"Bismillah....hirrahman...nirrahim...isk..isk.." "ngaji pun tak reti!".marah kakak ku sambil mencubit-cubit peha kami kerana masih merangkak membaca muqaddam ketika bersekolah rendah. Dengan suara yang tersekat-sekat menangis, didalam hati kami bermonolog.."asik nak marah je kak liza nih!"(hehe)
"Dah besar nanti akak ngan adik nak jadi ape?"abah bertanya. "Nak jadi pegawai bank la!" "Adik nak jadi pegawai bank RHB!".adikku yang buncit menyelah.
"Kak Na, tolong abah gosokkan baju raya merah abah ni" "Abah! baju abah dah terkoyak!" Tanpa sedari saya telah mengoyakkan baju raya warna merah abah yang selalu abah pakai setiap kali raya ketika menggosok dengan seterika yang panas.
"Sape nak beli kad raya? Nanti akk buatkan. 1 kad raya RM2.50. Belilah nanti boleh bagi ke kawan." Kak Nida mempromosikan kad raya nya yang mahal itu pada kami (saya dan adik). Tanpa berfikir panjang kami membeli kad raya yang dibuat sendiri itu walaupun mahal.(hehe) Ketika itu kami masih bersekolah rendah. "Nanti akk boleh ajar tuisyen untuk kamu. Tak mahal pon 10 ringgit je." kami sekali lagi bersetuju.
"Ha..cepat-cepat duit raya!" Along menghulurkan angpau berisi duit raya buat kami adik-adiknya. "Wah! RM50!" huhu..Sehingga sekarang kami masih berharap duit raya along akan sentiasa konsisten tanpa penurunan pada nilai nya walaupun raya baru-baru ini nilainya berkurang. (hehe.)
"Nanti kamu tolong jaga kedai angah. Sehari RM 10." Selepas SPM saya menjaga kedai topup abang saya. "Kak Na nih sejak jaga kedai angah berkurang customer. Mana tak nya muka masam je memanjang" Angah mengadu.(hehe)
"Ocu (adik saya) buncit...Ocu buncit di tengah jalan..".saya mengajar anak buah kesayangan, Adam dan Daniel menyanyi lagu kegemaran mereka. "Mak Andak, nanti abang besar abang nak kerja dekat bank macam Mok Teh la. Pastu masa umur 40 tahun abang nak kerja ngan mak andak jadi doktor boleh?".Adam bertanya. "Mak Andak talipon selalu nih nak botol susu ke?". Daniel pula bertanya.

Kata-kata yang sentiasa terngiang di telinga saya. Suara-suara yang sentiasa saya mimpikan.

Buat mereka yang saya sayangi. Tunggulah saya dengan di iringi doa. Moga kelak sungguhpun kita tidak bertemu lagi, moga doa menyatukan kita disana nanti. Insyallah. Saya sayang anda.
p/s: Bahasa kali ini lebih menggunakan bahasa seharian kita. Oleh itu saya menggunakan bahasa yang tidak formal. Minta maaf kerana dialog-dialog diatas sebenarnya menceritakan situasi yang berbeza, tapi entah kenapa 'enter' saya seakan-akan tidak berfungsi. Mungkin sedikit padat entry kali ini atas masalah teknikal.(pnjg sgt kot.hehe) Entry kali ini sekadar melepaskan rindu saya buat mereka yang saya sayangi.

Tuesday, July 27, 2010

arrghh~~



For all girls and women out there, have you ever feel the throbbing pain that usually occur on you lower mid abdomen during menstruation? This pain that always disturbed you regular activities that may give you fully stress for all day. This pain that also make you wanna kill somebody even your love (refer to ur pet, buddy n so on. huhu)? Yeah, this pain known as period cramp or in malay as sengugut. What make me choose this topic because most of us never know why it happened and how to treat them.


Period cramp also we called as dysmenorrhea (in med words) usually occur on women and girls in stress condition and in different body types. This is due to strong muscle contraction in the uterus during menstruation. While this muscle triggered by hormone-like substances called prostaglandins. But the level of this substance does not seem to have anything to do with how strong a women's cramps are. However, we must strongly know the causes of this pain because maybe some of us may had suffered from the other types of dysmenorrhea we called as secondary dysmenorrhea that may caused by fibroid tumor or pelvis infection.


The tendacy that a women may have cramps if she :




  • has a family history of this pain


  • having stressful life


  • does not get enough excersice


  • uses caffein


  • has pelvic inflammatory disease


My opinion to get better from this pain is you assuming the fetal position. Pulled up your knees to the chest while hugging a pillow to the abdomen. Also by taking vitamin B suppliment or primerose (im not sure the spelling).



Ok~ lets have a healthy lifestyle by reducing your stress with smile~

Monday, July 26, 2010

Saya mampu mengubahnya!


Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Semalam 25 Julai 2010 keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. Seperti tahun sebelum ini, saya dan sahabat-sahabat yang lain bersiap ke gamaah (universiti) untuk ambil dan aktifkan nombor id masing-masing. Ber'sarapan'kan 3 keping biskut oreo saya ke gamaah pada pukul 11 pagi. Sebelum ke gamaah saya sudah mengalami dysmenorrhea. Kesakitan yang teramat membuatkan saya teragak-agak untuk ke gamaah. Namun untuk mengambil keputusan peperiksaan yang sudah lama dinanti maka saya gagahkan diri ke sana. Setibanya saya di gamaah, dihadapan pakcik-pakcik dan makcik-makcik arab yang sedang bekerja di gamaah, saya muntah dengan lancarnya (haha). Badan terasa amat lemah dan hampir-hampir pitam. "ha..ni mesti tak makan kan kak hana?!"..jiran saya azzyati yang comel mengagak.

Saya sekadar tersenyum tidak mampu menahan kesakitan. Dengan tudung yang sedikit kotor dan muka yang comot (hehe..xlah comot sgt) , saya ke pejabat untuk mengambil id bagi menyemak keputusan peperiksaan melalui internet.

"ma'alish, dah id ma yanfa'sh a'syan fees (english plak) lissa dafa' ".

"mumkin ana aiza shuf dah natigah awallu? insyallah fees ba'din.." saya cuba mencari simpati. Namun seperti yang dijangka saya tidak dibenarkan melihat keputusan saya. Allah..Saya cuba menenangkan diri. Selepas sahabat-sahabat saya selesai dengan urusan masing-masing, kami pulang ke rumah. Di rumah sahabat-sahabat yang lain sibuk menyemak keputusan masing-masing. Saya hanya duduk menghadap laptop memikirkan nasib (saya tidak galakkan mngunakan perkataan ini) sendiri. Pelbagai soalan menerjah fikiran saya. "adakah aku mampu menyambung study? atau aku akan pulang ke Malaysia tanpa apa-apa?" Allah..

Saya kemudiannya menyelak mushaf uthmani disisi saya mencari damai. Terhenti saya di surah kegemaran saya. Ad-Dhuha.

"Tuhanmu tidak meninggalkan kamu (Muhammad) dan tidak pula membencimu. Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik dari yang permulaan. Dan sungguh kelak Tuhanmu PASTI memberikan kurnianya kepadamu hingga kamu puas."

(ad-dhuha : 3-5)

Subhanallah.. Terpaku saya memikirkan apalah sangat ujianNya pada saya jika dibandingkan pada kekasihnya dan nabi kita, Muhammad saw.

Tujuan saya menulis entry kali ini bukanlah mencari simpati dari sahabat sekalian. Bukan lah mahu menunjukkan kelemahan diri ini. Bukanlah mahu menunjukkan kebaikan diri ini. Tetapi mahu mengajak sahabat sekalian mencari identiti sendiri. Adakah kita tergolong dalam golongan yang Dia janjikan seperti ayat diatas? Golongan yang PASTI Dia berikan kurniaNya hingga menjadi puas. Adakah kita tergolong sekiranya disebalik ujianNya yang kecil ini terselit rasa PUTUS ASA dan menyalahi takdir Nya? Ya. TakdirNya yang menentukan segala sesuatu dalam hidup kita. Bukannya NASIB atau KEBETULAN yang seperti kita sering katakan.

"Dah nasib aku tidak dapat result yang baik"

"wah! result dia mantap la. Nasib dia memang baik!"

"kebetulan je kita kenal"=)

Bagaimanakah identiti yang kita cari? Fikir-fikirkan lah wahai hati ku dan sahabat-sahabatku..Mana-mana yang kurang kita 'topup2 kan'. Moga kita mampu mengubah persepsi serong atas segala ketentuanNya.


Seperti yang saya katakan dalam entry sebelum ini. Saya menulis kerana mahu mengingati diri sendiri disamping mengingatkan sahabat2 kerana sesungguhnya saya juga tidak terlepas dari ujian dan sering berputus asa. Alhamdulillah dengan semangat dan dorongan teman-teman rapat saya mampu mengubahnya! izinkan aku wahai Tuhanku Yg Maha Penyayang.



Sunday, July 25, 2010

~mula menulis~


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

Hari ini 25 Julai 2010 bersamaan 13 shaaban 1431 H.. saya mula berjinak-jinak belajar menulis...bukan tidak pernah menulis..lebih 15 tahun saya sudah mula menulis bermula dari usia 5 tahun..namun menulis yg kali ini mengundang pelbagai perasaan...GEMBIRA, kerana saya sedang berusaha membuat sesuatu yg amat sukar bagi saya iaitu MENULIS..TIDAK SABAR2, kerana mahu melihat bagaimana hasilnya penulisan saya nanti..TAKUT, sekiranya penulisan saya menjauhkan saya dari Dia (nauzubillah)..GEMENTAR, menanti bilakah penulisan saya akan terhenti..adakah setahun dua atau sebulan dua nanti atas alasan MALAS? BERHARAP, supaya penulisan saya lebih mengajak saya dan sahabat-sahabat berfikir yg mendatangkan manfaat..walauapapun saya akan terus mencuba menulis selagi mampu..


Kenapa saya nak menulis?

Persoalan ini sudah lama saya fikirkan..sejak membaca dan menilai (skodeng2..huhu) beberapa blog dan buku-buku, sy mula teringin menceburi bidang ini (hehe..ayat sdikit skema). tapi kenapa?kenapa menulis? ingin suka-suka? ingin menunjuk pada orang ramai siapa saya? bgaimana saya? atau sekadar melemparkan emosi? mencari ketenangan ?(tenang la sgt..hehe). mengumpat (nauzubillah..)? sebar kekurangan dan keaiban diri sendiri? hmm...sekali lagi perasaan saya mula bercampur aduk..

tidak tahu bagaimana ingin menjawab maka saya hanya berdiam..berdiam kerana Allah (wah..mantap2 ayat~hehe)...

namun apa yg saya tahu..

Tujuan saya menulis adalah untuk mengingati diri sendri, kerana sesungguhnya mengingati dri sendiri jauh lebih sukar dari mengingati orang lain..

Tujuan saya menulis sekadar berkongsi ilmu yg kurang ini.. di samping berkongsi warna-warni hidup saya..

Tujuan saya menulis kerana saya suka membaca..ya.saya suka membaca.. namun saya akui saya seorang yg 'selective'..suka memilih apa yg ingin dibaca (hehe..xleh msuk kategori suka membaca ni.). dari membaca maka saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian..

Tujuan saya menulis supaya saya lebih banyak menghabiskan masa lapang (cmne bdk medic leh ada msa lapang ni..ish2..) dengan banyak berfikir dan membaca..membaca penulisan sendiri agar boleh membaiki diri.. sebab saya sangat TAKUT.. takut dengan ujian Dia yg ini..ujian yg berat bagi saya dan sahabat-sahabat mahupun para (ramai lah sgt yg membaca..=p) pembaca..yaitu ujian MASA LAPANG..

ya..itulah yg mampu saya berikan sebabnya saya ingin menulis..

sebagai seorang yg baru berjinak-jinak dalam dunia blog ini..saya minta tunjuk ajar sekalian dalam membaiki kesilapan dan mencukupkan apa yg kurang dari saya..agar kita sama-sama menuju yg terbaik..dengan izinNya.


p/s: ayat di dalam kurungan saya gunakan ayat yg lebih santai.

mungkin sedikit skema dalam penggunaan bahasa saya kerana BUDI BAHASA BUDAYA KITA.. (hehe)