Monday, December 27, 2010

.:tenis di meja??:.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih..


"Kak Hana! Esok jom main pingpong!"ajak housmate ku. "Err..hmm...esok macam tak boleh la Timah. Akak ada kerja sikit."jawab ku. Kesibukkan yang maksimum minggu ini membuat ku terpaksa menolak pelawannya. "Hmm..bila nak main pingpong nih..perut dah buncit nih.."hatiku terdetik. "Argh~~lupa nak angkat baju kat luar. Hmm.."keluh ku. Dalam 2, 3 hari ini, banyak sungguh perkara yang tertangguh. Sama ada terlupa atau buat-buat lupa. Padahal kelas tidak lah sibuk sangat. Mungkin hormon tak stabil agaknya.

"Omeprazole...Iansoprazole..Pantoprazole..."mulut ku terkumat kamit menghafal ubat-ubatan. "Kenapa lah nama ubat nih pelik-pelik. Buat nama senang nak sebut sudah la. Nih nak menyebut pun berbelit-belit lidah."rungut ku. Huhuhu. Ada sahaja yang tidak kena. Biasalah manusia. Seringkali salah kan perkara lain. Bukan nak mengaku kelemahan diri. Sungguh Hanya Kau yang Sempurna. "Nak pergi main la. Boleh kena cardiac arrest nih kalau asik menghadap buku nih lama-lama."


Tenis meja. Ya! Itu pilihan ku. Tenis meja?? Pelik benar bunyi nya. Senang cerita pingpong! huhu. Balik dari kelas terus membeli bad pingpong dan bola. "Argh~mahalnya! err..takpela. Boleh tahan lama insyallah."











Setelah 2 tahun tidak memegang bad pingpong...huhu





Suatu masa dahulu.

"Eh kenapa awak masuk lumba lari? Tak penat ke??"tanya kakak senior ku. "Err.."jawabku tersipu. Ketika di tingkatan 1, bentuk fizikal ku cukup buatkan mereka yang melihatku kehairanan kerana memilih olahraga sebagai sukan pilihan. Ini kerana berat badan ketika itu 10 kg lebih dari sekarang. Haha. Mana tidaknya. Kalau tidak silap, hampir 5 kali sehari makan! Ketika restoran kami masih lagi wujud. haha. Pada masa tuh, memang tak fikir langsung nak jaga badan ke. Apa depan mata semua nya habis!



"Hmm..apa kata awak cuba main pingpong? Sebab sekolah perlukan wakil perempuan untuk main pingpong." "Hah?pingpong?err..saya tak pandai sangat.." Maka bermulalah sejarah ku bermain pingpong. Sejak dulu bagi ku, pingpong nih hanya untuk mereka yang berbadan besar sahaja. Disebabkan permainannya yang tidak perlu ke sana sini untuk sambut bola. haha. Tapi itu dulu. Sekarang pingpong sudah sebati dengan diri ku. Walaupun tidaklah sehebat mana. Paling kurang boleh sambut bola dengan baik.huhu. Kesimpulannya dari situ lah pingpong menjadi pilihan ku. Tahun demi tahun dipilih mewakili sekolah. Tapi yang sadisnya. Hanya peringkat sekolah je berjaya, sebab bila masuk peringkat negeri jumpa pemain cina terus kalah dengan bangganya.huhuhu.



"Suhana! sambut bola tuh kena tarik sikit!"jerit Cikgu Hafizi selaku jurulatih kami ketika di matrik. "Err..budak cina nih mantapnya buat bola pusing!"rungut ku ketika bermain di peringkat matriks. Seingat ku perlawanan itu di jalankan di Kolej Matrikulasi Kedah. Kakom 2007. Tiada hadiah yang saya bawa pulang. haha. Sebab kecundang di suku akhir. (owh..time tuh sakit perut..hehe..backup2)



Setelah hampir dua tahun tidak sentuh bad pingpong, minggu lepas berjaya juga luangkan masa bermain. Mula-mula main asyik bola keluar je. Haha. Terasa meja pingpong kecil sangat pula. Huhu. Tapi yang seronoknya, boleh lah hilang kan stress sikit. Yelah. Bersukan juga suatu ibadah. Yang paling penting biarlah menjaga dari pelbagai sudut. Faham kan semua~~



Sticker yang memenuhi laptopku. dan sentiasa akan bertambah dan bertambah...

"Microb! CVS! Individual amino acid!" "err.."terjeling pula pada sticker yang tertampal di laptopku. "Saya suka belajar! sebab belajar salah satu cara dekat kan diri dengan DIA..Saya suka belajar~lalala~"mencari semangat sambil menyanyi-nyanyi.haha. Wallahualam. Dan Allah lagi tahu. OTAK YANG CERGAS DARI BADAN YANG SIHAT~ Selamat beramal~

Friday, December 24, 2010

.:jangan putus asa!:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.



"I'm just a little bit caught in the middle life..." ringtone ku berbunyi. Lagu Lenka The Show menjadi pilihan. "hmm..."ku mengeluh sedikit. "mesyuarat akan diadakan pada....." mesej ku baca dengan hati yang berbolak balik. "Khamis nih ada mesyuarat pulak.."ku mendengus. Kembali me'list' kan perkara-perkara yang akan dilakukan. Semakin berderet pulak list yang tertangguh dan bertambah. Kepala mula serabut. Terus ke depan heater sambil duduk termenung.

"Kak Hana ok??" roomate ku bertanya. "hmm..ada meeting nt." Jawabku ringkas. Kembali ke depan laptop menghadap nota dengan hati yang entah kemana.

"Suhana, nih saya nak bagitahu tutor ditukar pada khamis ni tau. Pukul 8 malam." Panggilan kuterima. "Tutor..hmm.."sekali lagi kata-kataku terhenti. Tugas sebagai tutor diamanahkan padaku bagi membantu memudahkan pembelajaran junior.

"Buzz!" Desingan dari YM cukup buatku terkejut. " Suhana malam nih pukul 7 ada mesyuarat bersama unit ye." "err..."terhenti lagi. Sempat menjeling ke arah nota-nota yang tersadai di katil dan meja. Belum kira yang bertaburan di lantai. "Ya Allah..."rintihku. Jauh fikiran ku melayang.

Memori ku terimbas kembali. Sedikit demi sedikit.



"argh! kenapa sikit sangat study hari ni. Hmm..teruk nya! macam mana nak jadi doktor nih!"hatiku mendengus. Pandangan ku terlekat di depan laptop. Artikel demi artikel di baca. Seronok. Sebab memang kegemaran ku membaca. Cuma buku-buku medic dan nota je yang masih tak tercapai untuk menjadi kegemaranku. (huhu). "Hmm..lepas basuh baju nak sambung study lah." seperti hari-hari sebelumnya, akibat keletihan pulang dari kelas terus mengemas dan membasuh baju. Sekali lagi buku ku tolak ke tepi. Konon nya hendak dibaca nanti. "Eh! la..tertidur pulak. Geramnya!" itu je yang mampu ku kata bila terjaga akibat tertidur keletihan membasuh baju,memasak dan mengemas. Apabila rutin harian ku berulang kali sama. Terfikir rasa kekesalan pada diri. Sambil menadah tangan setelah selesai solat..

"Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku kerana terlalu lemah iman dan diri ku untuk menjalankan ibadah padaMU. Sesungguhnya belajar itu suatu ibadah. Tolong Ya Allah..Jangan Kau biarkan aku mensia-siakan hari ku. Penuhkan lah hari-hari ku dengan amal kebajikan padaMu."

Beberapa minggu kemudian amanah ku terima sebagai tutor bagi mengajar junior dan sebagai ahli jawatankuasa bagi persatuan perubatan di sini.



Hati mula rasa berat.

"dan Tuhan mu berfirman, 'berdoalah pada Ku nescaya akan Aku PERKENANKAN bagimu.."

(al-Ghafir : 60)

Baru ku sedar. Suatu masa dahulu, ku pernah meminta pada Nya. Supaya mengisi masa-masa ku dengan amanah dan tanggungjawab supaya ku tidak membuang masa ku. Dan kini ku mula mengeluh disaat didatangi amanah. Nafas ku tarik melegakan tekanan.



"Ya. Kau Maha memperkenan kan doa. Ya Allah. Suatu masa dahulu aku pernah meminta padaMu. Penuhkan hari-hari ku dengan kerja-kerja amal supaya aku tidak mensia-siakan hari ku. Kerana Kau Yg Maha mendengar lg Maha Melihat. Kau perkenankan doaku. Maha Suci Engkau, ampuni keluh kesah ku ketika memegang amanah yg Kau berikan. Dan lindungi aku dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim."



"Jangan putus asa!! suhana boleh! suhana special! Dia takkan membebankan hambaNya."mula mencari semangat yang pudar. "Hish! Takkan baru pegang tugas nih dah nak mengeluh! eyy~nanti dah jadi doktor lagi banyak amanah! Tu pun baru doktor..belum masuk sebagai isteri, ibu..wah~moga Kau permudakan urusan ku Ya ALlah."hatiku berkata-kata. Senyum kembali terukir. Yeah~Insyallah selagi niat kita melaksanakan amanah kerana ingin MEMBERI moga Dia akan MEMBERI kita balasan yang setimpal. Hasbunallahu wa nikmal wakil (cukuplah Allah bagiku Dia sebaik2 pelindung).



yeah~~senyum! bagus untuk hilang kan stres~~