Friday, December 24, 2010

.:jangan putus asa!:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.



"I'm just a little bit caught in the middle life..." ringtone ku berbunyi. Lagu Lenka The Show menjadi pilihan. "hmm..."ku mengeluh sedikit. "mesyuarat akan diadakan pada....." mesej ku baca dengan hati yang berbolak balik. "Khamis nih ada mesyuarat pulak.."ku mendengus. Kembali me'list' kan perkara-perkara yang akan dilakukan. Semakin berderet pulak list yang tertangguh dan bertambah. Kepala mula serabut. Terus ke depan heater sambil duduk termenung.

"Kak Hana ok??" roomate ku bertanya. "hmm..ada meeting nt." Jawabku ringkas. Kembali ke depan laptop menghadap nota dengan hati yang entah kemana.

"Suhana, nih saya nak bagitahu tutor ditukar pada khamis ni tau. Pukul 8 malam." Panggilan kuterima. "Tutor..hmm.."sekali lagi kata-kataku terhenti. Tugas sebagai tutor diamanahkan padaku bagi membantu memudahkan pembelajaran junior.

"Buzz!" Desingan dari YM cukup buatku terkejut. " Suhana malam nih pukul 7 ada mesyuarat bersama unit ye." "err..."terhenti lagi. Sempat menjeling ke arah nota-nota yang tersadai di katil dan meja. Belum kira yang bertaburan di lantai. "Ya Allah..."rintihku. Jauh fikiran ku melayang.

Memori ku terimbas kembali. Sedikit demi sedikit.



"argh! kenapa sikit sangat study hari ni. Hmm..teruk nya! macam mana nak jadi doktor nih!"hatiku mendengus. Pandangan ku terlekat di depan laptop. Artikel demi artikel di baca. Seronok. Sebab memang kegemaran ku membaca. Cuma buku-buku medic dan nota je yang masih tak tercapai untuk menjadi kegemaranku. (huhu). "Hmm..lepas basuh baju nak sambung study lah." seperti hari-hari sebelumnya, akibat keletihan pulang dari kelas terus mengemas dan membasuh baju. Sekali lagi buku ku tolak ke tepi. Konon nya hendak dibaca nanti. "Eh! la..tertidur pulak. Geramnya!" itu je yang mampu ku kata bila terjaga akibat tertidur keletihan membasuh baju,memasak dan mengemas. Apabila rutin harian ku berulang kali sama. Terfikir rasa kekesalan pada diri. Sambil menadah tangan setelah selesai solat..

"Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku kerana terlalu lemah iman dan diri ku untuk menjalankan ibadah padaMU. Sesungguhnya belajar itu suatu ibadah. Tolong Ya Allah..Jangan Kau biarkan aku mensia-siakan hari ku. Penuhkan lah hari-hari ku dengan amal kebajikan padaMu."

Beberapa minggu kemudian amanah ku terima sebagai tutor bagi mengajar junior dan sebagai ahli jawatankuasa bagi persatuan perubatan di sini.



Hati mula rasa berat.

"dan Tuhan mu berfirman, 'berdoalah pada Ku nescaya akan Aku PERKENANKAN bagimu.."

(al-Ghafir : 60)

Baru ku sedar. Suatu masa dahulu, ku pernah meminta pada Nya. Supaya mengisi masa-masa ku dengan amanah dan tanggungjawab supaya ku tidak membuang masa ku. Dan kini ku mula mengeluh disaat didatangi amanah. Nafas ku tarik melegakan tekanan.



"Ya. Kau Maha memperkenan kan doa. Ya Allah. Suatu masa dahulu aku pernah meminta padaMu. Penuhkan hari-hari ku dengan kerja-kerja amal supaya aku tidak mensia-siakan hari ku. Kerana Kau Yg Maha mendengar lg Maha Melihat. Kau perkenankan doaku. Maha Suci Engkau, ampuni keluh kesah ku ketika memegang amanah yg Kau berikan. Dan lindungi aku dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim."



"Jangan putus asa!! suhana boleh! suhana special! Dia takkan membebankan hambaNya."mula mencari semangat yang pudar. "Hish! Takkan baru pegang tugas nih dah nak mengeluh! eyy~nanti dah jadi doktor lagi banyak amanah! Tu pun baru doktor..belum masuk sebagai isteri, ibu..wah~moga Kau permudakan urusan ku Ya ALlah."hatiku berkata-kata. Senyum kembali terukir. Yeah~Insyallah selagi niat kita melaksanakan amanah kerana ingin MEMBERI moga Dia akan MEMBERI kita balasan yang setimpal. Hasbunallahu wa nikmal wakil (cukuplah Allah bagiku Dia sebaik2 pelindung).



yeah~~senyum! bagus untuk hilang kan stres~~

1 comment: