Saturday, August 7, 2010

.:saya nak jadi pilot!:.

Dengan nama Allah Yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Jam menghampiri 12 pagi Mesir, saya masih lagi bersengkang mata untuk menyiapkan artikel yang luar biasa ini.(haha) Mana tidaknya, seorang pelajar perubatan sedang cuba memahami dan menganalisis mengenai jet fighter! Ya, Pesawat pejuang! Dengan idea yang langsung tidak muncul sejak sejam yang lepas, namun dengan semangat yang waja (haha, sdah pening sdikit), disini saya ingin bercerita tentang topik yang membuatkan saya menguap setiap 5 minit!(hehe sila jgn marah ye bg penggemar jet).

"Dulu cita-cita saya nak jadi pilot! Bukan pilot yang bawa kapal terbang tuh tapi yang bawa jet fighter!"sungguh bersemangat beliau bercerita. Teringat saya pada perbualan dengan sahabat yang satu ini. Bila buka sahaja topik ini dengan bersungguh-sungguhnya beliau akan bercerita dan saya pada mulanya dengar tidak dengar sahaja (hehe) kerana satu apa pun saya tidak faham walaupun sesekali saya cuba untuk interrupt perbualan beliau. "Ingat tak dulu saya pernah cerita jet fighter kegemaran saya?" "oh..ingat-ingat..jet fighter jenama fulcrum apa tau dengan jet fighter tom and jerry.."saya berseloroh. (Huhu.) Dan kini saya dengan bangganya ingin berkongsi pula dengan anda semua tentang benda yang bersayap dua ini.

F-14 Tomcat merupakan pesawat dua tempat duduk berkelajuan supersonik (apekah ini??), berenjin berkembar serta mempunyai sayap geometri boleh ubah. Disebabkan pesawat ini hanya menyediakan dua tempat duduk, oleh itu saya tidak menggalakkan bagi mereka yang berkeluarga memiliki pesawat ini atas faktor kekurangan tempat duduk juga tidak mampu untuk membawa kesemua keluarga anda bercuti raya nanti. Di samping itu, peranan utama F-14 adalah sebagai platfom pesawat penguasaan udara maritim, pemintas bagi pertahanan angkatan laut dan pengawasan taktikal bagi Tentera Laut A.S dari tahun 1974 sehingga 2006. Menurut sumber, pesawat ini juga pernah dieksport ke Iran sebelum kedua-dua negara menghentikan hubungan diplomatik antara satu sama lain.
"wahh~~Allahu akbar". saya menguap buat kali ke 24 nya. Berdasarkan matematik nya, setiap 5 minit saya akan menguap dan kini sudah 2 jam (120 minit) saya cuba menyiapkan artikel ini.
F-14 Tomcat yang hanya memiliki 2 tempat duduk hanya cukup untuk ibu bapa kita sahaja di pagi raya.


Sebuah lagi pesawat adalah Fulcrum MiG-29, merupakan pesawat yang digunakan oleh Soviet Union bagi menghadapi tentera US pada 1969. Seperti kebiasaan bagi negara-negara besar mereka lebih mementingkan faktor keselamatan dalam negara, oleh itu pesawat-pesawat ini di gunakan bagi tujuan keselamatan negara masing-masing. Bagi mereka yang bimbangkan kesesakkan jalan raya serta keselamatan keluarga menjelang raya ini boleh lah mendapatkan pesawat ini dengan harga AS$ 100 000. Sebagai nasihat, bermula lah menabung dari sekarang.
Fulcrum MiG-29 juga hanya memiliki 2 tempat duduk. (smua jet fighter mmg ada 2 seat je eh??)

Memandangkan jam makin menghampiri 2 pagi, saya berhenti di sini sahaja untuk artikel yang luar biasa ini. Di harap sedikit sebanyak membantu anda mengetahui tentang jet fighter. Segala info di rujuk dari wikipedia. Artikel ini juga memberi saya pengalaman berharga iaitu menyiapkan satu-satunya post yang memakan masa hampir 3 jam! huhu. Lebih lama dari minor operation (pembedahan kecil)!. Sebelum itu ingat pesan saya, pesawat ini tidak sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Tetapi bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga, pesawat ini sesuai untuk membawa anda dan pasangan melancong ke serata dunia. Renung-renung kan lah dan selamat beramal~

p/s: artikel ini ditulis bagi mengurangkan sel-sel kulit di wajah dari rosak ketika anda mengalami kenaikan adrenalin atas faktor stress. Namun sebaik-baik ketenangan adalah dengan kembali pada DIa bagi mengubat rindu di hati di kala berjauhan dengan yang tersayang. Sungguh rindu diri ini pada keluarga dan sahabat-sahabat..

No comments:

Post a Comment