Saturday, August 21, 2010

kurang pasti tajuk post kali ini~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..



Ketika jari masih aktif men'scroll', membaca, baik blog, info atau facebook (ada eh info kt fb?huhu..chat ngn adek jp), teringat pula blog sendiri yang sudah lama tidak di update. Aduh, risau pula penyakit malas dan ketandusan idea disebabkan kurangnya mencari ilmu, kembali berjangkit. Neuron-neuron mula bertindak aktif selepas kenaikkan adrenalin disebabkan kerisauan dan kerinduan melanda (ayat mantap nih!). Saya mula mencari tajuk atau topik untuk dikongsi bersama. Menulis bukan kerana takut blog bersawang, sebaliknya takut hati dan akal pula yang bersawang kerana kurangnya membaca dan mencari ilmu. Setidaknya bila ingat blog sendiri baru lah membaca.



"ting-ting...ting-ting...ting-ting..."(ada la skit bunyinya cmtu). "eh, awalnya kejut sahur."



Seperti kebiasaan di Mesir, apabila menjelang bulan Ramadhan, akan terdapat mereka yang mengejut anda sahur. Ya. Kejut anda sahur! Jarang sekali ada mereka yang rajin dan baik pula mengejut orang sahur dari rumah ke rumah di Malaysia. Tapi itulah yang terdapat di Mesir. Sejam dua sebelum sahur, mereka yang mengejut sahur ini akan mengetuk tin kosong (mmg sgt bingit!) dan berjalan sepanjang kawasan perumahan. Sejak tinggal berseorangan di rumah, bawang celup tepung menjadi pilihan untuk sahur. Hah?? Bawang celup tepung?!

(haha..) Atau nama glamor nya onion ring. Yeah~ Menu sahur pagi ini, bawang celup tepung dan karamel (buat sendiri tau!hehe)



Sedang sibuk membaca tentang negara yang dimurkai Allah suatu masa dahulu, Sodom dan Gomurrah (zaman nabi Lut), ter'klik' saya ke satu site. Islam watch. Atas faktor kekurangan bahan bacaan seperti buku (kurg bajet sbnrnya nk bli buku) maka saya kebiasaan nya akan mencari info di internet. Tapi diingatkan internet ada bahaya nya juga. Sumber-sumber banyak di ragu-ragukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kembali ke site Islam watch tadi. Ia berkisarkan tentang seorang yang beragama Islam murtad dan cuba menyebarkan keraguan dia sendiri kepada orang lain. Maka yang kurang ilmu pengetahuan (termasuk saya) juga pasti mudah ragu-ragu akan agama Dia.




" dan diantara manusia, ada yang berbantah tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan"


(Al-Hajj : 8)




Dan bagaimana kita sebagai umat Islam mahu berdepan dengan golongan-golongan ini. Maka perdalamkan ilmu di dada dan kuasai lah ilmu-ilmu yang banyak di kuasai golongan barat. Supaya kita tidak kekok dalam membahaskan ketulenan agama kita sendiri. Sekadar mengingatkan sahabat dan diri sendiri juga. Kerana kita sering kali belajar tanpa henti. Bermula dari usia 5 tahun lagi. Di hantar ke tadika belajar membaca sehingga berada di institusi-institusi pengajian tinggi. Sebagai pelajar perubatan misalnya, sampai bila kita mahu belajar sekadar cukup untuk lepas exam?(saya tidak terkecuali). Bagaimana jika kita berhadapan dengan pesakit nanti tanpa buku ditangan? Bagaimana dengan masalah-masalah ibadah bagi pesakit?





"Doktor, tangan pakcik bersimen nih. Macam mana nak solat?" "err..hmm..nanti saya tanya orang dulu ye pakcik".




Itukah jawapan kita suatu hari nanti? Ataupun lebih hebat lagi. "hmm...pakcik tidak perlu solat lah. Nak buat macam mana dah bersimen tak boleh ambil wudhu'". Fikirkan kembali. Sama juga seperti bidang-bidang lain. Terlalu banyak risalah-risalah memboikot rejim zionis, namun adakah cukup dengan menunjukkan kemarahan kita sahaja tanpa melakukan apa-apa? Sekadar mengajak sahabat membaiki semula niat kita dalam menuntut ilmu. Supaya kita tidak dipersalahkan suatu hari nanti kerana kurangnya ilmu di dada.






"wah..nak masak apa pula untuk berbuka malam nih. Hmm. Bawang celup tepung je lah!"





Tersenyum memikirkan Ramadhan yang dilalui hanya bertemankan Dodol disisi. Lupakan sahaja tanpa teman disisi. Kerana kembalinya aku kepadaMu tanpa di temani juga.Terima kasih Yang Maha Penyayang kerana Kau izinkan aku menyambut Ramadhan lagi.

Inilah Dodol. Terima kasih kerana sentiasa bersamaku~




1 comment: