Sunday, January 2, 2011

.:Matikan mereka..dalam husnul khatimah:.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih



"Ma. Petang nih Ma ada mesyuarat ke?" "Aah, nanti balik sekolah makan nasi. Ma dah masak lauk bawah saji nuh.""Ala..."
"Ma, buat pizza tau!"

"Abah, nanti beli hadiah eh nak bagi ke cikgu. Hari Guru lusa nih."

"Yeay! Abah beli basikal!"

"Yea yea! Abah balik!"
Argh~ Limbic System ku bekerja pula di pagi hari. Sedikit demi sedikit memori ku tersingkap. Baru lepas telefon Ma Abah di rumah. Pagi-pagi lagi emosi sudah mula ter'increase'. Owh..biasalah perempuan. Salah satu fitrah yang Dia bagi. Emosi. Alhamdulillah. Sempurna sungguh ciptaanNya. Emosi untuk perempuan dan logik untuk lelaki. Eh bukan topik ni yang ingin di kongsi. Tapi yang ini..






"Eh kenapa suara serak je ni. Demam ke?"Ma menjawab panggilan ku dengan soalan pula. Hampir setiap kali menghubunginya soalan juga yang dia tanya. "Dah makan? Ada duit lagi? Adik jangan risau insyallah ada rezeki nanti ada la." Soalan ditanya berulang kali setiap kali menghubunginya. Seringkali merisaukan ku. Walaupun sepatutnya saya yang risaukannya. Mana tak nya, jadualnya seringkali berubah. Kesibukkannya melebihi mereka yang bekerja.

"Ma pergi mana hari ni?"tanyaku.

"Ma dekat KL dengan Abah. Ada urusan sikit." (sudah tentu urusan ku yang hampir setiap tahun menjadi urusan mereka..)
"Ma duduk dengan angah nih. Jaga baby Zara. Nanti bila mak ayah kak izah datang baru Ma balik rumah."
"Ma nak duduk KL seminggu dua ni. Nak tengok Adam sekolah macam mana"
"Ma dan Abah nak bawak TV, tikar untuk Kak Nida. Dia baru pindah rumah kan."

"Ma nak kemas rumah KL untuk orang masuk sewa."

"Abah dekat Seremban ni. Ada kerja sikit."

"Abah nak jemput adik petang nanti. Kena pergi Segamat nanti."

Urusan mereka yang sejak kami lahir lagi. Tapi tak pernah pula mereka merungut. Kesana sini untuk anak-anak. Walaupun jika di lihat, usia mereka sepatutnya berehat dirumah.


"Kereta Abah rosok satni masa nok balik Tampin dari KL." "Abah awak la. Kereta gedio la sokmo rosok." "huhu.."tersenyum ku dengan air mata.






Sejak kami adik beradik kecil lagi telah diasuh dengan baik. Alhamdulillah. Tapi sayangnya susah betul mulut untuk mengucapkan terima kasih pada mereka. Bukan tidak berterima kasih cuma segan dan malu untuk beritahu mereka. Ya. Saya tahu. Abang-abang dan kakak-kakak serta adik ku memang tahu pengorbanan mereka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Baru tahu rasa susah nya memiliki anak-anak. Cuma sekadar mengingatkan diri dan yang lain untuk selongkar balik apa salah kita pada mereka.

Bak kata Ustaz Hasrizal, bila semua kerja tidak menjadi. Bila hati mula rasa tidak tenang. Kembali balik pada yang asal. Yang melahirkan kita. Yang bersusah payah mencari nafkah untuk kita. Yang mengandungkan kita 9 bulan lamanya. Yang tidak pernah merungut atau meminta balik balasan. Ya mereka....Ma Abah...

"Argh~ Perlu ke nak nangis pagi-pagi buta nih."rungut ku dalam hati bila mata sudah merah. Berair..Tatkala menaip post ini.
Kembali kepada mereka. Hubungi mereka. Minta maaf pada mereka. Ucap terima kasih pada mereka. Buang semua sifat malu untuk ucap pada mereka. Lupa kan sifat malu tuh seketika seperti mana mereka lupakan malu mereka tatkala ke sana sini bersusah payah untuk anak-anak mahupun cucu-cucu. Tidak pernah rasa malu turun naik pejabat untuk urusan pinjaman wang belajar kita dulu. Tidak pernah rasa malu pinjam duit sana sini untuk kita. Tidak pernah rasa malu berada di Hospital lama nya bila terlalu risau kan dan sayang kan anak nya (buat kakak ku...) bila anaknya berada di kondisi yang kurang stabil.

Biarlah air mata kita semua mengalir bila ucap terima kasih atau minta maaf pada mereka. Moga air mata kita menghapuskan dosa, kedegilan, kenakalan kita pada mereka. Jangan biarkan hari raya menjadi satu-satunya hari dalam 365 hari setahun. Macam mana kalau kita tidak sempat?? Hampir setiap hari malaikat maut menjenguk kita. Macam mana kalau mereka pergi dulu ketika terlalu sibuk ke sana sini untuk kita?? Menjaga kita dan cucu-cucu kesayangan mereka. Jangan biarkan air mata kekesalan kita mengalir dengan deras nya bila mereka sudah tiada disisi kita. Bukan mendoakan tapi memang suatu yang pasti kerana sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti AKAN MATI..

"Ma akk nak minta maaf. Baru-baru ni setiap kali study rasa susah sangat nak faham. Susah sangat nak fokus. Bila fikir balik. Ni mesti sebab ada benda yang salah akk buat."kata ku bila menghubunginya. "Ma jaga kesihatan baik-baik. Sepatutnya Ma dah boleh duduk rumah dengan tenang bila anak-anak semua dah besar. Tapi Ma dengan Abah selalu ulang alik nak tengok anak-anak"ujar ku dengan nafas yang tersekat-sekat tahan menangis. "Abah terima kasih eh sebab susah-susah buatkan urusan akak."
Dan jawapan mereka tatkala kata-kata ku disampaikan ketika mengubungi mereka.
"Takpe la. Adik jangan risau. Ma pun kalau duduk rumah je bosan juga. Tiada apa nak buat. Sekali-sekala pergi tengok anak-anak." "Jangan risau Abah cuba buat yang terbaik untuk anak-anak abah." "Selagi kudrat Allah bagi, selagi tu Ma kena jaga anak-anak."jawab Ma dengan suara yang sedikit berubah. Sebak barangkali..

Sudah 2 kali Ma menangis ketika mendapat panggilan ku dari jauh. Tapi tangisan yang tak di dengar kerana cuba menahan. Hanya suara Ma dan nafasnya yang sesekali tersekat-sekat kerana menahan menangis.

Buat abang-abang ku, kakak-kakak ku dan adik ku. Hubungi mereka bila anda rindu kan mereka. Biar lah air mata mengalir. Buang sifat malu sejauh-jauhnya. Jangan lepaskan peluang yang masih ada.

Pernah sering kali terfikir bila keletihan menghantui ku. Apabila amanah cuba dilaksanakan. Seringkali kalah pada kelemahan diri. Rungutan bertambah bila kepenatan hadir.

"Ya Allah. Letihnya. Tak sempat nak kemas rumah hari ni." "Ala..kena masak pulak malam ni. Kejap lagi ada meeting ni." "Argh~Banyak nye nak kena study!" "Serabutnya.."

Kadang-kadang terdetik..

"Macam mana Ma Abah jaga anak 6 orang sekali. Balik-balik kerja kena masak. Kena layan kerenah anak-anak. Mampu ke aku nanti? Bila kesempitan masa dan kerja yang bertimbun. Doktor pula..Allah..tolong Ya Allah.."rayu ku padaNya. Mata berulang kali di hujani air mata.

"Ya Allah..Tuhan ku. Yang menciptakan aku. Yang menciptakan kedua ibu bapa ku. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kerana kurniakan aku kedua ibu bapa yang penyayang yang bertanggungjawab. Di kala ada hamba Mu yang kekurangan kasih ibu mahupun bapa. Kau yang Mulia, dengan Rahmat dan Kasih sayang Mu pada ku. Kau kurniakan aku ibu bapa yang terbaik bagi ku. Seperti mana janji Mu. Setiap yang hidup pasti akan MATI. MATIKAN lah mereka dengan beriman padaMu. Berkati segala usaha mereka mendidik, memberi nafkah dan sebagainya. Cukup Engkau buat mereka, Kau SEBAIK-BAIK pemberi balasan. Tolong Ya Allah...tempatkan mereka di tempat yang Kau redhai...."

Moga dipermudahkan urusan buat kedua ibu bapaku. Buat abang-abang, kakak-kakak ku, adik ku dan sahabat-sahabat yang meniti usia yang semakin singkat ini. Kembali padaNya yang hampir 5 kali sehari memanggil kita sebelum terlambat. Hitung kembali nikmat yang Dia berikan..
Dan Dia lagi tahu..






1 comment:

  1. Oh donet..jahatz kamu yo >,< wah rindu ma abah juga biarpun dekat,aku jarang jenguk mrk..sobsobsob

    ReplyDelete