Sunday, July 25, 2010

~mula menulis~


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

Hari ini 25 Julai 2010 bersamaan 13 shaaban 1431 H.. saya mula berjinak-jinak belajar menulis...bukan tidak pernah menulis..lebih 15 tahun saya sudah mula menulis bermula dari usia 5 tahun..namun menulis yg kali ini mengundang pelbagai perasaan...GEMBIRA, kerana saya sedang berusaha membuat sesuatu yg amat sukar bagi saya iaitu MENULIS..TIDAK SABAR2, kerana mahu melihat bagaimana hasilnya penulisan saya nanti..TAKUT, sekiranya penulisan saya menjauhkan saya dari Dia (nauzubillah)..GEMENTAR, menanti bilakah penulisan saya akan terhenti..adakah setahun dua atau sebulan dua nanti atas alasan MALAS? BERHARAP, supaya penulisan saya lebih mengajak saya dan sahabat-sahabat berfikir yg mendatangkan manfaat..walauapapun saya akan terus mencuba menulis selagi mampu..


Kenapa saya nak menulis?

Persoalan ini sudah lama saya fikirkan..sejak membaca dan menilai (skodeng2..huhu) beberapa blog dan buku-buku, sy mula teringin menceburi bidang ini (hehe..ayat sdikit skema). tapi kenapa?kenapa menulis? ingin suka-suka? ingin menunjuk pada orang ramai siapa saya? bgaimana saya? atau sekadar melemparkan emosi? mencari ketenangan ?(tenang la sgt..hehe). mengumpat (nauzubillah..)? sebar kekurangan dan keaiban diri sendiri? hmm...sekali lagi perasaan saya mula bercampur aduk..

tidak tahu bagaimana ingin menjawab maka saya hanya berdiam..berdiam kerana Allah (wah..mantap2 ayat~hehe)...

namun apa yg saya tahu..

Tujuan saya menulis adalah untuk mengingati diri sendri, kerana sesungguhnya mengingati dri sendiri jauh lebih sukar dari mengingati orang lain..

Tujuan saya menulis sekadar berkongsi ilmu yg kurang ini.. di samping berkongsi warna-warni hidup saya..

Tujuan saya menulis kerana saya suka membaca..ya.saya suka membaca.. namun saya akui saya seorang yg 'selective'..suka memilih apa yg ingin dibaca (hehe..xleh msuk kategori suka membaca ni.). dari membaca maka saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian..

Tujuan saya menulis supaya saya lebih banyak menghabiskan masa lapang (cmne bdk medic leh ada msa lapang ni..ish2..) dengan banyak berfikir dan membaca..membaca penulisan sendiri agar boleh membaiki diri.. sebab saya sangat TAKUT.. takut dengan ujian Dia yg ini..ujian yg berat bagi saya dan sahabat-sahabat mahupun para (ramai lah sgt yg membaca..=p) pembaca..yaitu ujian MASA LAPANG..

ya..itulah yg mampu saya berikan sebabnya saya ingin menulis..

sebagai seorang yg baru berjinak-jinak dalam dunia blog ini..saya minta tunjuk ajar sekalian dalam membaiki kesilapan dan mencukupkan apa yg kurang dari saya..agar kita sama-sama menuju yg terbaik..dengan izinNya.


p/s: ayat di dalam kurungan saya gunakan ayat yg lebih santai.

mungkin sedikit skema dalam penggunaan bahasa saya kerana BUDI BAHASA BUDAYA KITA.. (hehe)

No comments:

Post a Comment