
Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Semalam 25 Julai 2010 keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. Seperti tahun sebelum ini, saya dan sahabat-sahabat yang lain bersiap ke gamaah (universiti) untuk ambil dan aktifkan nombor id masing-masing. Ber'sarapan'kan 3 keping biskut oreo saya ke gamaah pada pukul 11 pagi. Sebelum ke gamaah saya sudah mengalami dysmenorrhea. Kesakitan yang teramat membuatkan saya teragak-agak untuk ke gamaah. Namun untuk mengambil keputusan peperiksaan yang sudah lama dinanti maka saya gagahkan diri ke sana. Setibanya saya di gamaah, dihadapan pakcik-pakcik dan makcik-makcik arab yang sedang bekerja di gamaah, saya muntah dengan lancarnya (haha). Badan terasa amat lemah dan hampir-hampir pitam. "ha..ni mesti tak makan kan kak hana?!"..jiran saya azzyati yang comel mengagak.
Saya sekadar tersenyum tidak mampu menahan kesakitan. Dengan tudung yang sedikit kotor dan muka yang comot (hehe..xlah comot sgt) , saya ke pejabat untuk mengambil id bagi menyemak keputusan peperiksaan melalui internet.
"ma'alish, dah id ma yanfa'sh a'syan fees (english plak) lissa dafa' ".
"mumkin ana aiza shuf dah natigah awallu? insyallah fees ba'din.." saya cuba mencari simpati. Namun seperti yang dijangka saya tidak dibenarkan melihat keputusan saya. Allah..Saya cuba menenangkan diri. Selepas sahabat-sahabat saya selesai dengan urusan masing-masing, kami pulang ke rumah. Di rumah sahabat-sahabat yang lain sibuk menyemak keputusan masing-masing. Saya hanya duduk menghadap laptop memikirkan nasib (saya tidak galakkan mngunakan perkataan ini) sendiri. Pelbagai soalan menerjah fikiran saya. "adakah aku mampu menyambung study? atau aku akan pulang ke Malaysia tanpa apa-apa?" Allah..
Saya kemudiannya menyelak mushaf uthmani disisi saya mencari damai. Terhenti saya di surah kegemaran saya. Ad-Dhuha.
"Tuhanmu tidak meninggalkan kamu (Muhammad) dan tidak pula membencimu. Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik dari yang permulaan. Dan sungguh kelak Tuhanmu PASTI memberikan kurnianya kepadamu hingga kamu puas."
(ad-dhuha : 3-5)
Subhanallah.. Terpaku saya memikirkan apalah sangat ujianNya pada saya jika dibandingkan pada kekasihnya dan nabi kita, Muhammad saw.
Tujuan saya menulis entry kali ini bukanlah mencari simpati dari sahabat sekalian. Bukan lah mahu menunjukkan kelemahan diri ini. Bukanlah mahu menunjukkan kebaikan diri ini. Tetapi mahu mengajak sahabat sekalian mencari identiti sendiri. Adakah kita tergolong dalam golongan yang Dia janjikan seperti ayat diatas? Golongan yang PASTI Dia berikan kurniaNya hingga menjadi puas. Adakah kita tergolong sekiranya disebalik ujianNya yang kecil ini terselit rasa PUTUS ASA dan menyalahi takdir Nya? Ya. TakdirNya yang menentukan segala sesuatu dalam hidup kita. Bukannya NASIB atau KEBETULAN yang seperti kita sering katakan.
"Dah nasib aku tidak dapat result yang baik"
"wah! result dia mantap la. Nasib dia memang baik!"
"kebetulan je kita kenal"=)
Bagaimanakah identiti yang kita cari? Fikir-fikirkan lah wahai hati ku dan sahabat-sahabatku..Mana-mana yang kurang kita 'topup2 kan'. Moga kita mampu mengubah persepsi serong atas segala ketentuanNya.
Seperti yang saya katakan dalam entry sebelum ini. Saya menulis kerana mahu mengingati diri sendiri disamping mengingatkan sahabat2 kerana sesungguhnya saya juga tidak terlepas dari ujian dan sering berputus asa. Alhamdulillah dengan semangat dan dorongan teman-teman rapat saya mampu mengubahnya! izinkan aku wahai Tuhanku Yg Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment